3 Bahan Wajib Ada Dalam Sabun Mandi Untuk ‘Me-Time’

Branded

3 Bahan Wajib Ada Dalam Sabun Mandi Untuk ‘Me-Time’

Seharian berpanasan, berpeluh, melekit terutamanya dalam cuaca Malaysia yang panas dan lembap, masa untuk mandi seperti satu saat ‘me-time’ sehari-hari. Masa mandilah kita boleh membersihkan badan dan masa sama memanjakan diri, barulah lebih segar selepas keluar bilik air!

Jenama penjagaan badan dari Korea, PASSION & BEYOND setia memberikan yang terbaik untuk penggunanya. Setiap produk PASSION & BEYOND dirumus khas dengan 3 bahan utama yang wajib ada untuk saat ‘me-time’ korang dalam bilik mandi.

Ekstrak Bunga Calendula

Bunga ini mujarab dalam merawat masalah kulit seperti dermatitis dan eczema. Ianya anti-bakteria, anti-radang dan memberi kesan nyahtoksin sesuai untuk kulit kering serta sensitif.

Ekstrak Akar Marshmallow

Tumbuhan ini mempunyai flavonoids yang bertindak efektif sebagai agen anti-radang. Juga membantu mengurangkan eczema dan melegakan sunburn, mengembalikan kulit lembut & anjal.

Ekstrak Lady’s Mantle

Lady’s Mantle mengandungi tannin, astringent semulajadi pembersih kulit. Efek anti-oksidan mengurangkan penuaan pramatang dan memperbaiki keanjalan kulit.

Tahun ini, PASSION & BEYOND memberi nafas baru untuk 2 rangkaian produk mereka, Deep Moisture dan Total Recovery Body Care bagi menyediakan produk lebih berkualiti bagi pengguna setia.

Rangkaian Deep Moisture Body Care

The Face Shop Deep Moisture Body Care

Bagi korang dengan kulit normal hingga kering, rangkaian produk ini boleh digunakan untuk penjagaan badan harian. Bahan-bahan terkandung zaitun, madu dan susu beras membantu memperbaiki kelembapan kulit.

The Face Shop Deep Moisture

Untuk yang berkulit kering dan mencari produk yang boleh melembapkan kulit walaupun selepas mandi, korang kena cuba Deep Moisture Shower Cream. Produk ini menanggalkan sebum, peluh dan kotoran dengan lembut dalam bentuk krim.

Deep Moisture Body Scrub pula menyingkirkan secara lembut sel kulit mati menjadikan kulit licin. Untuk formula baru diperkaya dengan Spruce pulp organik bagi pengalaman menyental lebih lembut. Lepas mandi je rasa halus je kulit, macam baby terus!

The Face Shop Deep Moisture

Dah scrub, risau pula kulit jadi kering kan? Sapukan Deep Moisture Body Emulsion iaitu pelembap badan dengan tekstur ringan, sesuai untuk diguna setiap hari. Untuk formula baru produk ini tidak mempunyai minyak mineral dan TEA (triethanolamine), kulit sensitif tak perlu risau dah.

Rangkaian Total Recovery Body Care

The Face Shop Total Recovery

Bagi mereka dengan kulit terlalu kering dan matang, rangkaian Total Recovery akan memanjakan dan memberikan penjagaan intensif diperkaya dengan bahan anti-penuaan.

Semakin menginjak usia, lembapan pada kulit pun senang hilang, gunakan Total Recovery Shower Cream setiap kali mandi untuk melindungi kehilangan lembapan kulit.

Ramai yang mengelak menggunakan mandian dengan bahan sabun bagi mengurangkan risiko kulit kering. Tapi jangan risau dengan Total Recovery Bubble Bath kerana buih mandian ini mewah dengan bahan hypoallergenik membersih tanpa menghilangkan lembapan semulajadi.

Siapa tak suka 2 produk dalam 1 kan? Contohnya macam pencuci dan skrub 2 dalam 1 Total Recovery Gentle Polish dengan  Spruce pulp organik untuk pengalaman pengelupasan kulit secara lembut.

The Face Shop Total Recovery

Bukan kulit muka je kena dijaga elak nampak tua sebelum usia tau, badan pun wajib juga. Masukkan Total Recovery Body Moisturizer dalam rutin penjagaan badan kerana emulsion anti-penuaan ini melembapkan secara menyeluruh dan menganjalkan kulit. 

Kedua-dua rangkaian Deep Moisture Body Care dan Total Recovery Body Care ini boleh didapati di cawangan THE FACE SHOP terpilih. Atau dapatkan menerusi THE FACE SHOP online DI SINI dan juga di ZALORA.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...