Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Branded

Cuasa Panas Merosakkan Kulit? Lindungi Wajah Dengan Rangkaian Calendula Essential Dari The Face Shop

Calendula Essential, THE FACE SHOP

“Alamak kulit buat hal lagi, stresslah macam ni?”

Adakah anda mempunyai masalah kulit wajah? Bila cuaca panas dan kering, serta pakai penutup muka untuk jangka masa yang lama buatkan wajah jadi merah kegatalan?

Advertisement

Untuk kulit wajah yang sensitif dan kering begini, apa yang anda perlukan ialah rutin penjagaan wajah yang tidak memberikan tekanan, menggunakan produk yang mempunyai tekstur dan formulasi yang ringan serta bau yang sederhana.

Jom kami kongsikan produk terbaik daripada jenama terkenal Korea Selatan, THE FACE SHOP yang boleh membantu menyelesaikan masalah anda.

Ramuan ‘ketenangan’ Calendula Essential dari THE FACE SHOP

Calendula, ramuan rahsia untuk kejelitaan

Memiliki kulit wajah yang bebas masalah menjadi idaman semua, THE FACE SHOP mempunyai penyelesaian kepada masalah ini menerusi rangkaian produk Calendula Essential.

Produk yang diperkaya dengan 10 peratus ekstrak Calendula ini merupakan produk penjagaan wajah wajib dimiliki untuk anda yang ingin memulakan perjalanan K-Beauty, macam artis Korea!

Advertisement

Calendula Essential juga sesuai digunakan untuk anda yang ingin ‘merehatkan’ wajah daripada rasa iritasi dan tidak selesa.

> Ekstrak Calendula: Bunga Calendula berwarna cerah ini terkenal dengan fungsi merawat kulit kering, sensitif dan kusam. Manfaat antioksidan dan anti-radangnya membantu menjadikan kulit lebih sihat.

> Herba Kompleks Yang Menenangkan: THE FACE SHOP mencipta 6 campuran unik daripada  daripada chamomile, cornflower, rooibos, lily, sage & borage. Ramuan herba yang memperbaiki kulit rengsa dan rosak.

> Asid Hyaluronik: Dengan fungsi menyerap kelembapan, kulit akan mendapat kelembapan yang cukup untuk menguatkan dan memperbaiki lapisan wajah.

4 langkah lengkapkan perjalanan K-Beauty anda 

CALENDULA ESSENTIAL berwajah baru

THE FACE SHOP Calendula Essential, terdiri daripada 4 produk utama iaitu:

  •  Essential Moisture Toner (150ml, RM56.90)

Toner pelembap ini berfungsi untuk menghilangkan kotoran yang tersisa di wajah dan pada masa yang sama memberikan sensasi rasa yang lembut dan tenang pada kulit.

  • Essential Moisture Eye Cream (20ml, RM57.90)

Krim pelembap ini bersifat ringan dan tidak berminyak. Ia memberikan rasa selesa di sekitar kontur masa tanpa meninggalkan rasa rengsa.

  •  Essential Moisture Emulsion (150ml, RM56.90)

Pelembap emulsi ini begitu mudah untuk menyerap ke dalam kulit, ia memberikan khasiat yang diperlukan untuk wajah.

Advertisement
  • Essential Moisture Cream (50ml, RM61.90)

Krim pelembap dengan tekstur yang ringan dan menenangkan ini, memberikan penghidratan segera untuk mengatasi rasa kering dan gatal.

Calendula Essential kini ‘berwajah’ baru

Bungkusan baru Calendula Essential

Bagi memberikan anda keterujaan menggunakan rangkaian produk ini, THE FACE SHOP telah memperbaharui bungkusan Calendula Essential.

Diinspirasikan daripada botol dan balang vintaj apothecary, ia dipadankan dengan penutup emas matte yang akan mengingatkan anda dengan keindahan Calendula.

Kalau anda ingin mencuba rangkaian THE FACE SHOP Calendula Essential, ia hanya boleh dimiliki secara eksklusif di kedai atas talian THE FACE SHOP, Shopee, Lazada dan Zalora sahaja.

THE FACE SHOP: www.thefaceshop.com.my

ZALORA: www.zalora.com.my/the-face-shop/

Shopee: https://shopee.com.my/thefaceshop.os

Lazada: www.lazada.com.my/shop/the-face-shop/

Online EcoBeauty beri penjimatan ketika berbelanja

Bagi yang ingin menikmati lebih banyak faedah semasa membeli-belah di kedai THE FACE SHOP secara dalam talian, anda boleh melanggan EcoBeauty Economy atau First Class Passport.

Antara hadiah istimewa yang menanti seperti hadiah selamat datang, penghantaran percuma, hadiah hari jadi, baucar diskaun dan banyak lagi. Maklumat lanjut layari https://www.thefaceshop.com.my/eco-beauty-passport.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...
To Top