(26 GAMBAR)Majlis Pernikahan Erin Malek & Farriz Fauzy Oleh Project2Pi

Hiburan

(26 GAMBAR)Majlis Pernikahan Erin Malek & Farriz Fauzy Oleh Project2Pi

Selamat hari Isnin. Buat anda yang tidak tahu, Jumaat lalu (10.10.14), Erin Malek telah pun selamat bergelar isteri kepada Farriz Fauzy. Majlis pernikahan telah berlangsung dengan meriahnya dengan kedua-dua mempelai ini kelihatan sangat cantik berseri-seri dalam persalinan pengantin berwarna kelabu. Selepas selesai segala urusan perkahwinan mereka kelak, Erin dan Farriz akan berbulan madu di Los Angeles.

erin malek dan farriz fauzy

Advertisement

Untuk makluman, majlis pernikahan Erin dan Farriz sebenarnya dirancang untuk diadakan pada Januari 2015 namun ia telah dipercepatkan setelah mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. Iyerlah, benda baik buat apa nak ditangguhkan. Lagi cepat kahwin lagilah bagus. Namun oleh kerana pencepatan ini, ada pihak cuba memburukkan Erin dan suaminya, Farriz Fauzi dengan dakwaan mereka berdua berkelakuan tidak senonoh di depan umum beberapa hari sebelum majlis pernikahan mereka. Kata Erin Malek:-

Ketika kami sibuk menguruskan persiapan perkahwinan, ada pula isu timbul kononnya kami berkelakuan tidak senonoh di khalayak ramai. Entah mana timbulnya cerita itu saya pun tidak tahu tetapi saya anggap ia adalah dugaan pada saat akhir sebelum berkahwin. Mujurlah keluarga kami tidak melatah dan Alhamdulillah, kami tetap disatukan jua sebagai suami isteri.

Mula-mula kami nak ke New York, tetapi bila difikirkan semula, lebih baik ke Los Angeles memandangkan Farriz pun tahu tempat-tempat menarik di situ. Kami akan pulang semula ke Malaysia pada 4 November depan. Mungkin saya akan teruskan bercuti untuk beberapa bulan sebelum kembali sibuk dengan kerja-kerja lakonan.

erin malek dan farriz fauzy

Bak kata pepatah, mulut tempayan boleh ditutup, mulut manusia manalah mampu untuk kita tutup. Pedulikanlah kata-kata orang. Yang penting Erin dan Farriz dah sah bergelar suami isteri. Semoga perkahwinan anda berdua kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar kepada Project2Pi.

P.S: Guna khidmat unta untuk Streetview

erin malek dan farriz fauzy

erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy
erin malek dan farriz fauzy

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...