(TAHNIAH)Erin Malek Kini Sah Isteri Kepada Farriz Fauzy

Hiburan

(TAHNIAH)Erin Malek Kini Sah Isteri Kepada Farriz Fauzy

Jutaan tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy yang telah disatukan sebagai suami isteri di dalam sebuah majlis pernikahan penuh meriah semalam. Hanya dengan sekali lafaz, Erin Malek (20 tahun) telah bergelar isteri kepada Farriz Fauzy (30 tahun) kira-kira 9.12 malam semalam di kediaman keluarga pelakon tersebut di Duta Suria, Ampang.

erin malek

Advertisement

Pada majlis tersebut, Erin Malek telah menerima mas kahwin sebanyak RM10,000 dan wang hantaran sebanyak RM30,000. Majlis bertemakan pernikahan dalam taman itu telah dimeriahkan lagi dengan kehadiran 300 tetamu yang terdiri daripada keluarga rapat, sahabat handai dan para media.

Rombongan lelaki turut membawa tujuh dulang hantaran berupa cincin, Al-Quran dan sepasang telekung, seutas jam tangan, beg tangan dan sepasang kasut, barangan kosmetik, set wangian dan manisan. Manakala pihak perempuan membalas sebanyak sembilan dulang hantaran iaitu tepak sirih, cincin, Al-Quran dan sejadah, seutas jam, sepasang sut, beg dan tali pinggang, set wangian, sepasang kasut dan kek.

erin malek

Tahniah diucapkan kepada Erin Malek dan Farriz Fauzy atas pernikahan anda. Semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat. Majlis resepsi pasangan ini akan berlangsung malam ini di Hotel InterContinental, Semoga ia berjalan dengan lancar. Selamat pengantin baru!!! Kredit gambar Project2Pi.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...