Written by Bella | November 30th, 2018

Sekarang ini, tidak dinafikan ramai artis yang mahu dikurniakan anugerah tang membawa gelaran Datuk. Gelaran itu bukan sahaja sekadar  pengiktirafan tetapi mengangat sedikit taraf seseorang dan pastinya lebih dihormati ramai.

Namun, buat penyanyi lagenda Ratu Rock Ella, beliau tidak pernah mengejar sebarang anugerah mahupun gelaran Datuk walaupun sudah 32 tahun berkecimpung dalam industri seni tanah air. Buat Ella, sekarang ini bukan rezekinya untuk memikul anugerah tersebut.

Saya tidak kejar pangkat atau gelaran Datuk sepanjang 32 tahun berkecimpung dalam bidang nyanyian kerana percaya pada rezeki dari Allah. Kalau rezeki itu milik kita tiada siapa pun akan dapat menghalangnya kerana rezeki tidak pernah salah alamat.

Sebenarnya, bukan senang untuk golongan anak seni mendapat gelaran Datuk itu kerana sebagai mana yang kita tahu ada tanggungjawab besar yang perlu dipikul selepas itu. Gelaran sebagai Ratu Rock tanah air juga sudah cukup buat saya berasa bangga dan dihargai peminat dalam bidang muzik tanah air.

Bagaimanapun, Ella tidak menolak jika satu hari nanti ada pihak yang ingin menganugerahkannya gelaran Datuk. Ia adalah rezeki buat beliau dan akan menerimanya dengan hati yang terbuka.

Sumber Berita : Harian Metro

Written by Bella | November 29th, 2018

Bekas isteri Hafiz Hamidun iaitu usahawan kosmetik, Joy Revfa nampaknya sudah pun bertemu pengganti.

Hati sedang berbunga dan bahagia, Joy nampaknya sudah semakin terbuka mengenai hubungannya bersama kekasihnya itu dengan berkongsi beberapa saat indah bersama menerusi akaun Instagramnya.

Dikenali sebagai Faiz, rata-rata netizen memuji kekacakan teman lelakinya itu. Mereka turut mendoakan kebahagian pasangan ini dan berharap mereka ada jodoh bersama sehingga ke jenjang pelamin.

Wah, boleh tahan juga citarasa dan pilihan hati Joy. Apa-apa pun, kami juga mendoakan agar hubungan kali ini menemui pengakhiran yang membahagiakan.

Written by Bella | November 29th, 2018

Sejak tularnya video pembantu rumah kononnya mendera anak angkat Datuk Seri Aliff Syukri, jutawan kosmetik itu menerima pelbagai kecaman dan tohmahan daripada netizen. Aliff dituduh lalai dalam menjaga dua orang anak angkatnya selain tidak kisah dengan kebajikan mereka.

Terlalu tertekan dan tidak tahan dikecam lagi, Aliff akhirnya membuat keputusan untuk menjual akaun Instagram @babyterlajak laris Qayyum dan Ameena dengan harga bermula RM40,000.

Memanglah niat asal akaun tersebut diwujudkan untuk mengabdikan kenangan bersama anak-anaknya, tetapi untuk apa ia dikekalka lagi jika ia hanya menjadi medan untuk netizen mencari kesalahan orang lain dan berbalah.

Ada sesetengah netizen berpendapat harga yang dipinta itu tidak masuk akal dan terlalu mahal. Mereka menyifatkan Aliff sengaja ingin mengambil kesempatan untuk mengaut keuntungan atas angin.

Namun, masih ada juga yang menasihat beliau untuk tidak terlalu memikirkan komen negatif dan meminta beliau untuk tidak menjual akaun Instagram tersebut.

Written by Bella | November 29th, 2018

Pengalaman bergelar artis lebih daripada enam tahun nyata mengajar pelakon Aiman Hakim Ridza untuk lebih memilih kualiti sesebuah karya.  Buat Aiman, sesebuah skrip itu sangat penting untuk menjadi penentu arah kerjaya beliau.

Saya sudah menerangkan beberapa kali kenapa saya memilih karya sebelum menerima tawaran berlakon. Saya memilih skrip kerana memikirkan ini sangat penting untuk karier saya.  Bukan saya sahaja tetapi artis lain juga perlu memilih malah memastikan ia bagus untuk masyarakat.

Agak lantang juga bersuara mengenai isu ini di media sosial, Aiman mengakui ia adalah untuk untuk kepentingan dirinya.

Bagi saya semua orang mempunyai sikap pentingkan diri sendiri dalam kehidupan ini. Jadi saya melakukan itu untuk manfaat diri sendiri. Saya semestinya ingin bekerja dalam keadaan yang baik bersama skrip yang bagus.

Setiap artis perlu ada ruang untuk meluahkan idea dan kreativiti kerana itu sangat penting. Kebanyakan daripada skrip tidak ada ruang seperti yang diinginkan umpama lembu dicucuk hidung.

Bukan pertama kali menyuarakan isu ini, Aiman sebelum ini pernah meluahkan rasa kecewa dengan penulisan skrip tidak berkualiti dan seperti ‘sampah’. Malah, beliau tidak kisah jika disenarai hitam berikutan kenyataannya itu.

Sumber Berita : Astro Gempak

Page 1 of 3512345...102030...Last »