Nikah Bawah Umur Wajar Dan Suatu Keperluan Di Kelantan

Trending

Nikah Bawah Umur Wajar Dan Suatu Keperluan Di Kelantan

Isu perkahwinan di bawah umur melibatkan seorang lelaki berusia 41 tahun berasal dari Kelantan  dengan budak perempuan 11 tahun sebelum ini menjadi bualan hangat netizen. Satu Malaysia ketika itu merasa geram dan membantah perkahwinan tersebut yang dianggap tidak masuk akal sama sekali.

Advertisement

Ada yang berpendapat ia seakan kes pedofilia yang dibuat secara terbuka dan menggunakan alasan dan medium pernikahan sebagai tiket untuk melakukan hubungan seksual dengan budak bawah umur.

Terbaru, satu persidangan meja bulat anjuran kerajaan PAS Kelantan memutuskan, perkahwinan bawah umur adalah wajar dan menjadi suatu keperluan di negeri itu untuk menangani masalah sosial.

Ia selaras dengan hukum syarak yang Termaktub dalam peruntukan Seksyen 8 Enakmen Keluarga Islam Kelantan 2002 yang membenarkannya tetapi dengan syarat mendapat keizinan bertulis daripada mahkamah.

Persidangan itu juga turut menolak Konvensyen Mengenai Hak Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) dan Konvensyen Penghapusan Semua Bentuk Diskriminasi Terhadap Wanita (CEDAW) yang mendesak agar kanak-kanak berusia 18 tahun ke bawah tidak dibenarkan berkahwin tanpa sebarang pengecualian.

Dua konvensyen ini tidak sesuai dilaksanakan khususnya bagi orang Islam di Kelantan mengambil kira kebejatan sosial hari ini serta telah wujud­nya mekanisme ketat kawalan perkahwinan bawah umur yang telah diperuntukkan dalam undang-undang dan Piawaian Operasi Standard (SOP) yang digariskan.

Kemaslahatan perkahwinan pasangan bawah umur hendaklah dinilai melalui penelitian menyeluruh daripada aspek kerelaan pasangan dan kesedia­an mendirikan rumahtangga seperti kemampuan, emosi, fizikal, mental, seksual, sosial, spiritual, kesihatan, pendidikan, sekufu dan sebagainya.


Apa pula pendapat anda mengenai isu ini? Wajarkah ia dilaksanakan sedangkan mereka dibawah umur sepatutnya mendapat pendidikan di sekolah untuk masa depan yang lebih baik?

Sumber Berita : Utusan Online

Kredit Foto : Hari Anggara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...