Syed Saddiq Diiktiraf Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Dunia

Trending

Syed Saddiq Diiktiraf Antara 20 Anak Muda Paling Berpengaruh Dunia

Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman disenaraikan antara 20 anak muda paling berpengaruh di dunia dalam senarai 100 Future Leaders: The World’s Most Influential Young People in Government terbitan organisasi Apolotical yang berpangkalan di London.

Advertisement

Pengiktirafan yang agak besar ini hanya diberikan kepada mereka di bawah usia 35 tahun yang terlibat dalam dasar kerajaan negara masing-masing.

Baru sahaja berusia 25 tahun, penglibatan beliau dalam bidang politik memberikan inspirasi kepada beliau diluar sana untuk mencapai kejayaan.

Sebagai menteri, beliau mahu memberikan belia hak untuk bersuara dan menyatakan pandangan dengan berusaha untuk cuba menurunkan had kelayakan usia untuk mengundi iaitu dari 21 tahun ke 18 tahun.

Tahniah kami ucapkan kepada Syed Saddiq. Harapnya dengan pengiktirafan ini beliau akan lebih bersemangat melakukan perubahan untuk generasi muda agar lebih dinamik dan  mempunyai keyakini pada diri masing-masing untuk terus melangkah ke hadapan.

Sumber Berita : Malay Mail

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...