Written by serenity | February 28th, 2018

Naelofar Hijab hari ini memohon maaf atas pelancaran koleksi tudung #BeLofa yang dilaksanakan di ruang acara sebuah kelab malam.  Berita Harian Online melaporkan, Noor Nabila Mohd Noor yang juga kakak Neelofa berkata, mereka akan memastikan kekhilafan ini tidak berulang.

Majlis pelancaran yang sepatutnya menjadi acara istimewa untuk jenama kami, menjadi isu perdebatan dan menimbulkan tanda tanya pelbagai pihak.

Sepanjang majlis pada malam itu, kami mengambil langkah berjaga-jaga untuk memastikan apa-apa jenama dan botol minuman keras, gelas serta perkakas diasing dan dikeluarkan sepenuhnya daripada tempat terbabit sebelum majlis berlangsung.

Akses ke bar dan kelab lain juga ditutup serta merokok dilarang sama sekali sepanjang majlis berkenaan.

Pelbagai pihak termasuk Mufri Wilayah Persekutuan, Mufti Perak dan Mufti Negeri Sembilan turut membuat teguran kepada Neelofa kerana melancarkan tudung di tempat itu:

Semua perkakas termasuk sudu, garpu dan gelas yang digunakan tetamu disediakan syarikat katering terbabit.

Noor Nabila berkata lokasi itu dipilih kerana kemudahan yang terdapat di tempat itu:

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 28th, 2018

Izreen Azminda memberitahu, dia tak tahu menahu punca suaminya dan isteri pertama bercerai. Ude Wahid, 30, akan menceraikan isteri pertama Intan Liana Salleh, 33 pada petang ini di Mahkamah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Harian Metro melaporkan Izreen berkata:

Saya pasti apa saja yang keluar daripada mulut saya akan diputar-belit dan dipersalahkan di kemudian hari seperti sebelum ini apabila berita pernikahan kami didedahkan.

Saya tidak pernah bertanya mengenai mereka berdua. Saya rasa itu jalan terbaik mengelak konflik.

Jadi apabila mereka membuat keputusan untuk berpisah, saya juga tidak tahu puncanya. Dan saya tidak punya hak untuk ambil tahu kerana takut nanti disalah anggap dan dipersalahkan kemudian.

Izreen dan Ude bernikah secara rahsia pada Ogos lepas tanpa pengetahuan isteri pertamanya. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua anak, manakala Izreen mempunyai seorang anak hasil perkahwinan sebelum ini. – beautifulnara.com

Written by serenity | February 28th, 2018

Sejak beberapa minggu lepas, isteri pertama Ude Wahid, Intan Liana Salleh telah memuat naik beberapa Instagram Story yang berunsur sedih.

Terbaru, Kosmo Online melaporkan bahawa Ude, 30, akan melakukan lafaz cerai terhadap Intan Liana, 33, pada petang ini di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur, Kuala Lumpur.

Ini juga bermakna Izreen Azminda yang berkahwin dengan Ude pada Ogos tahun lepas akan menjadi isteri pertama.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 28th, 2018

Sharifah Shahirah atau Shiera, 44,  telah melangsungkan perkahwinan dengan dan suaminya. Zulkifli Azahari atau Ijoy, 43, pada tahun 2003.

Baru-baru ini dia telah berkongsi gambar-gambar perkahwinannya di Instagram bagaimanapun dia telah menerima satu mesej terus (DM) dari peminat #FattZura yang mengatakan dia berkongsi majlis lapuk kerana tidak dapat jemputan ke majlis perkahwinan #FattZura.

Shiera mendedahkan satu mesej peminat itu yang menggunakan kana nama @mirhana_55

Shiera menulis:

Oooo macam ni ya peminat fazura dan fattah
Saya bukan mintak simpati
Tapi nak share..peminat ni
Tak pasal pasal aku kena maki sebab throwback gambar kawin
Sayangnya anak anak sekarang
Memang sure korang cakap jangan layan
Tapi nak bagi tau
Allah boleh tarik apa yang kita ada
Bila bila…
Jangan benci kami sangat
Ada cara lain bila menaip

Tetiba pm tepi…waa dapat perhatian adik ni
Sabar yek .dik

Cer baca selak sebelah

Dia kata tak hina saya…
Tu dia tulis tak hina ..tapi menganjing rasanya
Tetiba
Wedding lapuk tu tak hina ye
Oooooo orang sekarang

Fanatik betul ekkk…
Sampai hina org lain takde kena mengena
Aku tak buat apa pun
Dengan dia
@mirhana_55
Sapa peminat fazura fattah mungkin tak semua macam ni tapi fattah dan fazura
kalau ada party dengan fan tolong
Nasihat skit…yang beriya…ni

Diharap Shiera bersabar dengan dugaan ini. Memang ada peminat fanatik yang berkelakuan melampaui batasan tetapi seorang dua bukan mewakili kesemua sekali. Penulis pasti #FattZura juga tidak pernah meminta peminat bersikap seperti ini, namun kadangkala sesuatu berlaku di luar kawalan mereka. – beautifulnara.com

Sumber: Instagram Shiera
Center>

Page 2 of 3912345...102030...Last »