Written by Bella | October 31st, 2017

Umum mengetahui sambutan Halloween cukup meriah di luar negara dan kebanyakan orang ramai akan memakai kostum yang menyeramkan. Namun, perayaan ini juga turut disambut oleh pelakon Rita Rudaini dan anak-anaknya.

Menerusi satu perkongsian Rita di Instagram, beliau turut menghiasi rumah dengan labu-labu yang diukir, gula-gula untuk “Trick or Treat” serta foto anaknya Arjuna sebagai drakula si penghisap darah yang menyeramkan.

Walaubagaimanapun, ada netizen yang kurang senang melihat Rita membenarkan anak-anaknya menyambut Halloween meskipun atas tujuan untuk berseronok. Pada mereka, niat tidak menghalalkan cara.  Berlaku sedikit perbalahan di ruangan komen Instagram Rita berhubung isu tersebut.

Meskipun dikecam, masih ada lagi yang mempertahankan serta menyokong Rita dan menasihatkan aktres itu tidak mengambil peduli akan tanggapan orang lain.

Apa pula pendapat anda? Salah atau tidak jika ingin sambut sekadar suka-suka sahaja?

Written by Bella | October 31st, 2017

Siapa yang tidak kenal dengan pasangan selebriti Vanidah Imran dan Rashidi Ishak, mereka ini tidak dinafikan memang kurang kontroversi dan gosip serta pelakon yang mempunyai kelasnya tersendiri. Baru-baru ini, Vee menerusi akaun Instagramnya memuat naik satu status ucapan penuh rasa cinta dan romantis bersempena dengan hari lahir suaminya itu.

Memuat naik foto mesra mereka suami isteri, tiba-tiba ada pula netizen yang menegur bila agaknya Vee akan bertudung?

Tidak cepat melatah dengan teguran itu, Vee memberitahu beliau akan menutup aurat bila tiba waktunya nanti. Malah, Rashidi juga memberikan respon yang agak tenang dan berterima kasih kepada individu tersebut atas sikap prihatin beliau walaupun tidak merasa selesa teguran itu dibuat secara umum,  sedangkan seseorang itu tidak akan mungkin tahu bagaimana hubungan orang lain dengan Allah SWT.

Apa yang menarik perhatian penulis ialah pasangan ini tidak mudah melatah ataupun memberikan komen balas berbaur sindiran kepada netizen yang menegur mereka. Kami juga doakan agar Vee satu hari nanti akan menutup aurat. InsyaAllah.

Written by Bella | October 30th, 2017

Pasti ramai yang mengetahui Datuk Hans Isaac sudah bertunang dengan ratu cantik Gabriella Robinson dan pada awalnya merancang untuk berkahwin pada  29 Julai lalu sebelum menunda tarikh perkahwinan mereka kerana sebab tertentu.

Kini status sebenar hubungan mereka akhirnya terjawab apabila Hans menerusi akaun Instagramnya memberitahu beliau telah membuat keputusan untuk membatalkan perkahwinannya bersama Gabriella.

Keputusan itu dibuat setelah berfikir panjang dan Hans pada masa yang sama memohon maaf kepada pihak yang selama ini  memberikan beliau sokongan yang tidak terhingga.

Satu lagi status Hans di Instagram dengan  foto Never Doubt Your Instinct bersama kapsyen berbunyi “Leopard will never change HER spots ! Time to move on” mencetuskan spekulasi yang mungkin ia berkaitan dengan keputusan beliau untuk tidak berkahwin.

Terdahulu, Hans pernah menafikan hubungan beliau dan Gabriella sudah berakhir selepas kedua-duanya menghapuskan gambar-gambar mesra mereka bersama di Instagram. Menurut Hans, tujuan mereka berbuat demikian kerana ingin menjadikan akaun Instagram utama atas tujuan kerja sahaja dan mewujudkan satu akaun Instagram peribadi khas untuk keluarga dan rakan-rakan. Hans dan Gabriella bertunang pada 28 Februari 2017.

Written by Bella | October 30th, 2017

Masih ingat dengan program realiti Vokal Bukan Sekadar Rupa yang pernah mengangkat nama Mafarikha Akhir ataupun lebih dikenali sebagai Mafa sebagai naib juara rancangan tersebut bagi musim pertama?  Namun, nama Mafa tidak begitu menyerlah dalam industri hiburan dan terus hilang begitu sahaja kerana beliau tidak mempunyai “pakej” lengkap untuk popular sebagai penyanyi.

Baru-baru ini, Mafa menjadi bualan ramai pengguna media sosial apabila tampil memberikan persembahan memukau dengan menyanyikan lagu Hero oleh Mariah Carey di pertandingan Asia’s Got Talent 2.

Tiga juri terkenal iaitu David Foster, Jay Park, Anggun serta penonton memberikan “standing ovation”  kerana cukup terpegun dengan bakat nyanyian Mafa. Difahamkan, tujuan Mafa menyertai AGT 2 adalah untuk membuat kemunculan semula dan menyambung impian beliau untuk bergelar penyanyi.

Kalau lihat video di atas, Mafa memang seorang yang berbakat dalam nyanyian, buat persembahan pun relaks sahaja. Sayangnya di Malaysia, untuk menjadi terkenal anda harus mempunyai wajah dan tubuh badan yang menawan. Apa pula pendapat anda tentang nyanyian Mafa?

Sumber Video : YouTube Asia’s Got Talent

Page 2 of 4112345...102030...Last »