“Best Business Books” Kegemaran Dua Lagenda Terkaya Dunia

Trending

“Best Business Books” Kegemaran Dua Lagenda Terkaya Dunia

Kita sering mengagumi empayar-empayar besar perniagaan yang memonopoli dunia. Antara dua nama besar yang sering disebut-sebut sebagai ahli perniagaan yang sangat berjaya adalah Bill Gates dengan Microsoft nya dan Warren Buffett yang merupakan CEO dan Chairman Berkshire Hathaway. Kedua-dua nama besar ini bermula dengan 1001 cabaran dalam dunia perniagaan. Namun semangat mereka yang tidak pernah putus asa membuatkan mereka cekal meneruskan usaha untuk berjaya.

Advertisement

Dari manakah sumber inspirasi yang mereka peroleh untuk terus maju tanpa menoleh ke belakang? Pastinya kedua figura ini memerlukan input berguna untuk mereka menjadi yang terbaik. Hasil penulisan daripada Marcel Scwantes telah membongkar antara rahsia kejayaan mereka iaitu dengan membaca buku-buku motivasi dah inspirasi.

Dua ahli perniagaan berjaya ini iaitu Bill Gates dan Warren Buffet sangat dikenali dengan sikapnya yang suka membaca. Dikatakan, Bill Gates dianggarkan membaca kira-kira 50 buah buku dalam setahun manakala Warret Buffett menghabiskan lebih 80% daripada waktu sehariannya melakukan perkara tersebut. Mereka kelihatan sangat seronok dan gembira dengan hobi ini. Menurut kedua-duanya, dengan membaca – mereka berjaya menambah ilmu pengetahuan untuk menjadi ketua yang baik dan berkualiti.

Disini kami kongsikan buku-buku pilihan dua lagenda ini :

Tiga Buku Pilihan Bill Gates 

1. Shoe Dog : A Memoir by the Creator of Nike daripada Phil Knight  (RM 84.90)

  • Buku yang telah dinobatkan sebagai Bestseller oleh New York Times menggarapkan satu memori bagaimana bermulanya empayar Nike oleh founder dan chairman mereka, Phil Knight. Buku ini mengetengahkan satu persepsi daripada seorang yang “media-shy man” kepada seorang yang luar biasa.

2.  Stress Test : Reflections on Financial Crises daripada Timothy F. Geithner 

  • Sebagai presiden Federal Reserve Bank of New York dan juga Setiausaha Perbendaharaan Barrack Obama,  Geithner membawa para pembaca bukunya untuk melihat sejauh mana hebatnya penangan krisis kewangan yang melanda dunia. Ia turut memaparkan senario serta hubung kait bagaimana kekuatan politik mempengaruhi status kekukuhan ekonomi sesebuah negara. Ia turut menonjolkan bagaimana fungsi sistem kewangan bagi mengelakkan kemerosotan ekonomi di Main Street.

3. The Myth of The Strong Leader : Political Leadership at The Modern Age daripada Archie Brown

  • Buku yang bercerita secara meluas mengenai kuasa, monopoli dan konspirasi politik daripada seluruh dunia dan bagaimana Obama memerintah Amerika Syarikat sebagai sebuah negara demokrasi. Ia turut memaparkan jatuh bangun serta kekentalan ahli politik menghadapi serangan secara emosi dan minda.

Jika diihat, hampir ketiga-tiga buku yang disarankan Bill Gates menjurus kepada pengaruh politik terhadap ekonomi dunia. Ini memberikan gambaran jelas bagaiaman Gates mengemudi Microsoft sehingga menjadi antara empayar berpengaruh di dunia dengan pelbagai produk dan servis yang diketengahkan.

Jom kita tengok pula tiga buku yang disarankan oleh Warren Buffett sebagai antara orang paling kaya di dunia ini :

1. The Outsiders : Eight Unconventional CEOs and Their Radically Rational Blueprint for Success daripada William N. Thorndike 

  • Buku ini bercerita secara terperinci bagaimana kejayaan luar biasa yang dicapai oleh 8 CEO dalam menguruskan dan mentadbir pengurusan korporat syarikat mereka. Kejayaan dan cabaran yang mereka lalui membuatkan kisah mereka sangat unik di antara satu sama lain serta menjadi role model kepada ahli perniagaan yang lain.

2. The Most Important Thing Illuminated : Uncommon Sense for the Thoughtful Investor daripada Howard Marks dan Paul Johnson. 

  • Howard Marks merupakan pengurusi dan co-founder Oaktree Capital Management yang menulis mengenai selok belok kajian peluang pasaran dan risiko yang dilaluinya. Selepas 4 dekad  membangunkan syarikatnya, Howards mahu menjadikan pengalaman berharga yang ada pada dirinya sebagai satu motivasi kepada para pelabur yang lain juga.

3. Dream Big daripada Cristiane Correa 

  • Dalam masa 40 tahun, Jorge Paulo Lemann, Marcell Telles dan Beto Sicupira membina empayar yang besar dalam sejara kapitalis Brazil dan meletakkan nama mereka sangat gah. Buku ini mengisahkan cerita mengenai Lemman yang juga bisnes partner kepada Buffett  dan menjadi satu penguat semangat dan inspirasi buat semua yang membacanya.

 

Berdasarkan ketiga-tiga buah buku pilihan Buffett ini, dilihat Buffett adalah seorang yang suka bermain dengan taktikal strategi dan falsafah. Beliau menjadikan pengalaman dan motivasi yang dikutipnya melalui pembacaan sebagai satu rujukan dan pedoman buat dirinya dalam mengukuhkan empayar sendiri.

Maka tidak hairanlah jika kedua-dua nama besar ini berjaya mengukir sejarah mereka dengan gaya mereka sendiri. Sebagai orang yang ingin berjaya, membaca merupakan satu laluan ilmu yang tiada tolok bandingnya. Ayuh! Mulakan membaca dan timba seberapa banyak ilmu yang ada.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...