Laudya Cynthia Bella Sudah Hamil?

Hiburan

Laudya Cynthia Bella Sudah Hamil?

Kecoh di blog-blog daripada Indonesia mengatakan pelakon jelita, Laudya Cynthia Bella sudah berbadan dua hanya selepas sebulan lebih mendirikan rumah tangga bersama Engku Emran pada 8 September lalu. Bella dikhabarkan hamil apabila ada sesetengah peminat mengakui beliau kelihatan sedikit berisi menerusi foto-foto yang dikongsikan di Instagram.

Advertisement

Tidak mahu mengiyakan ataupun menidakkan berita tersebut, Bella meminta peminat mendoakan yang terbaik buatnya dan suami.

Alhamdulillah, amin.  Belum lagi. Itu bererti doa untuk saya. Saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkan.

Mungkin Bella agak berisi kerana bahagia melayari bahtera rumah tangga di sisi suami tercinta Engku Emran.  Namun, jika berita kehamilan ini benar sudah rezeki mereka untuk menimang cahaya mata dengan lebih awal. Hehe..

Sumber Berita : Detik Hot

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.