Written by Bella | March 28th, 2017

Semalam demam Lofattah kembali melanda dan peminat mereka cukup teruja apabila Neelofa mengesahkan beliau dan Fattah Amin akan kembali bergandingan didalam telefilem raya, Suri Hati Mr Pilot.  Tentu anda masih ingat, sebelum ini Fattah dan Neelofa masing-masing memberitahu enggan lagi berlakon bersama disebabkan beberapa kontroversi.

Menurut Fattah,  beliau lebih selesa untuk melupakan apa sahaja yang berlaku antara mereka sebelum ini dan bersikap profesional ketika berada di hadapan kamera. Malah, mereka juga masih berkawan dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Industri kita ini kecil, pusing-pusing pun tetap muka yang sama yang kita jumpa. Antara saya dan pihaknya pula memang tiada masalah. Malah, kami masih berkawan.  Cuma, apa yang saya boleh kongsi, antara saya dengan dirinya, kami mengamalkan sikap profesional dalam mengendalikan setiap tugas yang diberikan. Jadi, saya melihat kerjasama antara kami sebagai sesuatu yang positif.

Saya pun tidak pernah terfikir kerjasama kami dalam dunia seni akan berakhir. Apatah lagi kami sendiri senang bekerjasama. Beberapa hal berbangkit sebelum ini terjadi atas faktor yang tidak dapat dielakkan. Keputusan itu juga mungkin yang terbaik untuk kedua-dua belah pihak.

Adakah gandingan mereka kali ini akan lebih romantis seperti didalam drama bersiri Suri Hati Mr Pilot? Sama-sama kita nantikan.

Sumber Berita : BH ONLINE

Written by Bella | March 28th, 2017

Takziah kami ucapkan kepada penyanyi Azharina Azhar atas pemergian anak angkat keduanya, Rizkie Azharin pada jam 10.30 pagi tadi akibat komplikasi organ dalaman.

Rizkie dimasukkan ke Hospital Putrajaya sejak hari Ahad lepas dan dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).  Keadaan bayi itu yang baru berusia 24 hari agak kritikal dan bergantung kepada alat bantuan pernafasan. Paru-parunya dipenuhi susu dan Rizkie juga mengalami pendarahan di otak serta kedua-dua buah pingganya sudah rosak.

Difahamkan, jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Masjid Batu 14, Puchong selepas waktu Asar.

Selain Rizkie, Azharina juga turut mempunyai seorang lagi anak angkat lelaki bernama Rahmad yang kini berusia dua tahun.

Sumber Berita : Utusan Online

Written by Bella | March 27th, 2017

Tidak tahan diganggu beberapa kali tidak kira masa, pelakon Fasha Sandha hari ini telah memfailkan perintah injuksi terhadap bekas suaminya,Rizal Ashram Ramli  ataupun lebih dikenali sebagai Jejai agar tidak terus mengganggu kehidupan dan privasi beliau.

Fasha juga memohon Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpir untuk menghalang Jejai menggangu beliau secara percakapan ataupun melalui SMS, WhatsApp dan juga apa sahaja medium media sosial yang ada. Malah, Jejai juga dihalang untuk menceroboh privasi Fasha secara bersendirian mahupun ditemani oleh keluarga dan rakannya.

Walaubagaimanapun, pihak mahkamah melalui Hakim Syarie Muhammad Abdul Karim Wahab sebaliknya memerintahkan kes itu didengar dengan kehadiran dua belah pihak bagi membolehkan Jejai menjawab sendiri tuduhan yang dibuat terhadapnya.

Walaupun mahkamah berpuas hati dengan afidavit yang difailkan pemohon namun adalah lebih adil mahkamah memberi peluang kepada responden sendiri untuk menjawab semua dakwaan.

Pada masa yang sama, Fasha turut memohon notis tunjuk sebab terhadap Jejai selepas bekas suaminya itu dikatakan gagal mematuhi perintah mahkamah berhubung pelantikan pemegang amanah terhadap sebuah kediaman di Ampang, Selangor.

Jejai dikatakan gagal melaksanakan perintah itu dengan tidak menandatangani surat ikatan pemegang amanah seperti dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Dalam perintah tersebut, pemohon mendapat hak sebanyak 50 peratus terhadap rumah itu manakala selebihnya milik dua anak mereka.

Muhammad Abdul Karim berpuas hati dengan permohonan itu dan memerintahkan notis tunjuk sebab diserahkan kepada defendan dan menetapkan 17 April sebutan semula kedua-dua kes itu.

Terdahulu, Fasha menerusi akaun Instagramnya mendedahkan beliau diganggu dengan beribu panggilan dan mesej daripada Jejai yang memaksa Fasha untuk bertemu degannya.

Sumber Berita : mStar Online

P.S: Buat adik-adik yang baru dapat keputusan SPM dan mahu melanjutkan pelajaran, Abang Nara cadangkan agar mengambil program Diploma Universiti Malaya. Banyak kursus-kursus menarik seperti perakaunan dan pengurusan. Boleh sambung belajar sama ada di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan atau Johor. Inilah peluang yang bagus untuk menyambung pendidikan anda. Maklumat lanjut layari www.umcced.edu.my.

Written by Bella | March 27th, 2017

Hujung minggu lepas, sebuah ruangan akhbar mingguan melaporkan berita dimana pelakon Johan As’ari datang ke bilik penyanyi lagu Cinta dan Luka, Aishah Bujang ( Aishah AF7) pada jam 3 pagi. Berita itu mencetuskan sedikit kekecohan di media sosial tentang niat Johan apatah lagi pelakon itu mempunyai ilmu agama yang boleh membezakan sesuatu perkara yang mampu mengundang fitnah ataupun tidak.

Namun, menurut Aishah, beliau dan Johan bukanlah berdua sahaja tetapi ditemani oleh beberapa rakan lain. Johan cuma ingin berborak dan mengenalinya dengan lebih rapat selepas mereka sama-sama terlibat didalam sebuah acara hiburan di Singapura sekitar bulan Februari lepas.

Ya memang betul Johan datang bilik saya selepas acara itu habis pukul 12 malam dan kami keluar makan lewat malam sekali beramai-ramai, kemudian dia datang bilik saya untuk berborak-borak. Tapi bukanlah saya dan dia sahaja dalam bilik itu, ada rakan lain juga. Lagi pula saya pastikan pintu bilik terbuka semasa dia ada.

Mereka saling bertukar nombor telefon, tetapi Aishah memberitahu hubungan mereka tidak lebih daripada seorang kawan. Aishah sebenarnya bimbang beliau akan dipandang negatif oleh masyarakat gara-gara salah faham ini,

Saya tidak pernah kenal Johan sebelum ini, jadi banyak cerita yang kami ingin kongsi dan saya pula kaki borak. Dia seorang yang baik dan tidak sombong biarpun sudah ada nama besar dalam industri. Saya akui ada bertukar-tukar nombor telefon, tapi tidaklah sampai sudah ada hubungan istimewa buat masa ini.

Mempunyai ilmu yang agak mendalam dalam hal agama, kami yakin Johan mengetahui batasan dalam berkawan. Apa itu dosa dan pahala  serta risiko jika “ditangkap” berkhalwat. Kita pun sudah mendengar penjelasan daripada Aishah dan harapnya tiada yang masih salah anggap.

Sumber Berita : mStar Online