January 4th, 2016

Sekitar bulan Oktober tahun lepas, berita tentang kehamilan Datuk Siti Nurhaliza mula menjadi viral meskipun beliau tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan mengenainya. Boleh kata hampir setiap rakyat Malaysia mengucapkan tahniah dan mendoakan yang terbaik buat Siti Nurhaliza dan kandungannya.

Namun, disaat Siti Nurhaliza sudah bersedia untuk mengumumkan beliau sudah hamil, ternyata takdir menyatakan yang sebaliknya. Siti Nurhaliza mengalami keguguran selepas dua bulan hamil. Berita yang cukup sedih itu dikongsikan sendiri oleh beliau menerusi akaun Instagramnya.

Hanya berdiam diri sebelum ini mengenai keguguran beliau, Siti Nurhaliza menerusi portal Harian Metro baru-baru ini berkata, beliau redha dengan ujian yang diberikan.

Saya reda dengan ujian ini dan saya tahu, bukan saya seorang saja diberikan dugaan sebegini. Saya tetap bersangka baik dengan apa jua ujian daripada-Nya. Saya percaya setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.

Pelbagai spekulasi yang dibuat mengenai punca beliau keguguran, namun menurut Siti Nurhaliza antara faktor perkara itu berlaku kerana beliau kurang rehat.  Apatah lagi beliau tidak sangka sedang hamil saat menjayakan Konsert Suara Volume 2.

Mulanya saya sendiri tak menjangka sedang hamil kerana ketika itu saya sibuk dengan persiapan Konsert Satu Suara Volume 2 di Istana Budaya dan perkahwinan anak suami. Dalam masa sama pula, suami dijangkiti demam denggi. Jadi saya tak cukup rehat dan tenang. Tetapi tak mengapa kerana itu adalah ketentuan Allah. Dia sudah tetapkan segalanya.

Walaupun menghadapi satu ujian yang agak besar dan mencabar ketabahan hati, Siti Nurhaliza tetap tidak berputus asa dan akan berusaha untuk mendapatkan cahaya mata lagi.

Doakan semoga selepas ini lebih cepat . Menurut doktor kalau sudah keguguran, kemungkinan untuk mengandung lagi lebih cepat. Jadi, saya mahu biar segera dikurniakan cahaya mata. Penantian selama hampir 10 tahun bukan satu jangka masa pendek. Apa yang penting, saya dan suami tak pernah putus berdoa.

Datuk Siti Nurhaliza pada kami seorang wanita yang agak tabah dan kuat menerima ujian yang sangat besar daripada Allah SWT. InshaAllah, jika ada rezeki pasti satu hari nanti beliau akan dikurniakan lagi cahaya mata.

Sumber Berita: Harian Metro

Advertisement
January 4th, 2016

Sah bergelar suami dan isteri pada 31 December lepas, pasangan Marsha Milan Londoh dan Mohamed Shaiful Nizam diraikan dengan majlis  yang cukup meriah bertemakan Bollywood Night.

Antara rakan artis yang hadir ialah Michael Ang, Dafi, Johan Raja Lawak dan isteri serta ahli keluarga kedua-dua belah pihak.

Jom layan beberapa lagi foto sekitar majlis tersebut dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Advertisement
January 3rd, 2016

Kanak-kanak yang membesar tentu sekali menginginkan belaian serta kasih sayang daripada seorang lelaki bergelar bapa, namun tidak semua mempunyai peluang sebegitu.

Rita Rudaini dalam satu temu bual bersama portal Sinar Harian berkata beliau merasa terkejut apabila anak sulungya Airit Rayyan Rizqin meminta beliau untuk mencari ayah baharu.

Dia pernah suruh saya cari ayah baru untuk dapat adik baru. Saya terkejut apabila dengar dia cakap begitu. Dalam masa sama saya rasa sebak, saya tidak tahu apa dia rasa sehingga mengeluarkan soalan sedemikian.

Mungkin dia melihat rakan-rakan di sekolah ada ayah dan ingin merasai kasih sayang seorang ayah seperti orang lain. Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa.

Bukan bersikap kejam dan mengendahkan permintaan anaknya yang dahagakan kasih sayang seorang ayah, Rita menjelaskan buat masa ini beliau masih belum bersedia untuk menerima lelaki lain didalam hidupnya.

Saya bukan ibu yang kejam, tidak memikirkan masa depan mereka, tetapi hati saya kini masih belum sedia menerima sesiapa.

Sedih pula kami dengar bila anak Rita sendiri yang sudah suruh ibunya untuk berkahwin lagi. Tidak mengapalah, InshaAllah satu hari nanti akan ada jodoh yang sesuai buat Rita dan paling penting boleh menyayangi anak-anak beliau.

Sumber Berita: Sinar Harian

Advertisement
January 1st, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pengarah yang berbakat besar, Syafiq Yusof  dan isterinya, Aiesyah Zainal kerana telah selamat menimang cahaya mata mereka yang pertama pagi tadi.

Aiesyah melahirkan seorang bayi perempuan seberat 3.6 kilogram pada jam 1.56 petang tadi di Hospital Colombia, Setapak, Kuala Lumpur.

Syafiq memilih nama Nuur Jannah yang membawa maksud cahaya syurga untuk anak perempuan mereka.

Alhamdulillah. Syukur Ya Allah Ya Robb Ya Rahman. Syukur atas kelahiran anak pertama saya Nuur Jannah #babygirl ayah dan ibu sayang sangat-sangat kamu Jannah!!

Semoga rumah tangga Syafiq Yusof dan isteri dilimpahi dengan kebahagiaan dan rezeki yang lebih lagi selepas ini atas kelahiran orang baharu didalam keluarga mereka.

Advertisement