Budak 5 Tahun Melecur Teruk Tersimbah Sup Ayam Panas, Sebuah Taska Disaman Setengah Juta Ringgit

Trending

Budak 5 Tahun Melecur Teruk Tersimbah Sup Ayam Panas, Sebuah Taska Disaman Setengah Juta Ringgit

ibu

Ibu Bapa kepada seorang kanak-kanak yang mengalami melecur akibat tersimbah sup ayam panas di sebuah taska di Jalan Telipot pada dua tahun lalu dikatakan akan menyaman pihak taska sebanyak setengah juta ringgit.

Nor Ashikim Md Arifin, 30, memberitahu mahkamah seksyen Kota Bharu bahawa pengasuh di taska berkenaan tidak mempunyai asas pengetahun berhubung rawatan awal melecur

Advertisement

Katanya, pengasuh tidak memberikan rawatan awal kepada anaknya, Nur Airish Daniesya Norizal, 5 yang sepatutnya disiram dengan air sejuk sejurus terkena sup panas berkenaan.

“Mereka (pengasuh) tidak ada latihan asas sekiranya berdepan kes sebegini dan tidak melakukan perkara sepatutnya iaitu menyiram dengan air sejuk bagi mengurangkan kecederaan.

“Oleh sebab itu, anak saya cedera teruk dan menerima rawatan di Unit Kebakaran HUSM (Hospital Universiti Sains Malaysia) selama seminggu serta masih menerima rawatan susulan bersama pakar di hospital sama hingga sekarang,” katanya dipetik laporan Sinar Harian.

Dalam prosiding yang berlansung semalam, Nor Ashikim turut menceritakan kembali detik hitam yang berlaku pada 25 Ogos 2014. Pada jam 10 pagi di mana dia telah menerima satu panggilan telefon daripada suaminya Norizal  Alim, 33, yang memaklumkan bahawa anak mereka itu berada di Kota Bharu Medical Centre kerana kes kecemasan yang berlaku di tadika.

“Pihak hospital bagaimanapun menolak untuk merawat anak saya menyebabkan kami membuat keputusan untuk menghantarnya ke HUSM. Setimbanya di hospital, saya sangat terkejut melihat keadaan anak yang sangat lemah, berbalut tuala dengan cedera melecur seluruh badan termasuk muka.

“Kos rawatan sepanjang tempoh itu dianggarkan berjumlah RM5,000. Krim kulit berharga RM50 dibeli setiap seminggu. Dia juga perlu memakai baju khas yang ditempah dengan hospital berharga RM160 yang dibasuh setiap hari bagi mengelak jangkitan serta perlu diganti setiap bulan kerana mudah koyak,” katanya.

Beliau juga memberitahu, kerana kejadian berkenaan dia terpaksa mengambil cuti tanpa gaji selama 21 hari untuk menjaga anaknya itu selepas mangsa dibenarkan keluar dari hospital pada 31 Ogos 2014.

“Kejadian turut memberi kesan negatif kepada anak saya apabila dia merasa rendah diri dan kemurungan terutama apabila ditanya rakan sebaya tentang kesan parut di badannya. Saya turut risau akan masa depanya dan apabila dia dewasa nanti, lebih-lebih lagi dia adalah perempuan,” katanya.

Pada 3 Disember 2014, plaintif melalui peguam cara Tetuan Rozma Baharin & Co mengemukakan saman terhadap taska berkenaan dengan menuntut ganti rugi berjumlah RM500,000 bagi kos rawatan, kesakitan, kesusahan serta trauma yang dialami selain ganti rugi am dan teladan atas kecuaian dan kelalaian defendan dalam mengambil langkah keselamatan menguruskan taska berkenaan.

Dalam kejadian dua tahun lalu itu, mangsa yang baru berumur 3 tahu 17 hari baru mendaftar masuk ke tadika tersebut dengan yuran pendaftaran RM830, semasa hendak diberi makan sup ayam panas telah tertumpah atasnya dan juga seorang lagi kanak-kanak, Nur Afiqah Mazran, 2, menyebabkan anaknya itu mengalami melecur 42.5 peratus.

Nur Afiqah turut mengalami nasib sama, namun sebelum ini ibunya, Noradillah Ismail, 37, memberitahu tidak berhasrat mengambil tindakan ke atas pengusaha tadika berkenaan.

Perbicaraan bersambung 3 Februari depan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...