Written by Bella | January 14th, 2016

Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin dua nama yang cukup popular, hangat dan trending sepanjang beberapa hari ini.

Mengejutkan semua pihak apabila mengumumkan bakal berkahwin 8 Februari ini, Sam dan Syatilla tidak pernah berniat mahu menipu sesiapa.

Sudah mula mengedarkan kad jemputan kahwin, Sam dan Syatilla baru-baru ini telah menghadiri sesi photoshoot pra perkahwinan mereka.

Foto-foto pra perkahwinan Sam dan Syatilla juga telah dikongsi oleh jurugambar rasmi mereka Amir Naufal Photography menerusi akaun Instagram.

Jom lihat beberapa lagi foto pra perkahwinan Shaheizy Sam dan Syatilla dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by Bella | January 14th, 2016

Penyanyi Indonesia, Agnes Monica cukup terkenal dengan gaya beliau yang agak seksi. Sejak semalam, Agnes menjadi topik utama ramai di media sosial selepas tampil dengan persembahan penuh kontroversi di Konser Raya 21 Indosiar pada hari Isnin lepas.

Agnes yang ketika itu sedang menyanyikan single terbarunya Boy Magnet tampil dengan memakai pakaian serba hitam yang jarang dengan kalimah arab pada bahagian bawah skirt busana tersebut.

Ramai yang ingin tahu apakah maksud tersebut dan ia turut dikecam oleh netizen dimana mereka menanggap  tindakan Agnes sebagai keterlaluan kerana mencetak ayat tersebut pada pakaian yang seksi.

Walaubagaimanapun, penaja busana tersebut memberitahu kalimah Arab itu tidak ada kaitan dengna mana-mana ayat yang terkandung didalam Al-Quran.

Malah, Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah memberikan kenyataan bahawa kalimat tersebut bukan satu penghinaan terhadap Islam. Namun, mereka tetap tidak bersetuju dengan apa yang dilakukan oleh Agnes.

Erm, Agnes Monica boleh dikatakan antara artis Indonesia yang penuh dengan kontroversi jadi tidak hairan jika beliau dikecam sebegini. Apa-apapun, kita tahu Indonesia ini mempunyai jumlah Muslim yang ramai dan seharusnya Agnes boleh menjaga sensitivi masyarakat Islam di negara berkenaan.

Sumber Berita: Sinar Harian

Written by Bella | January 14th, 2016

Mendengar berita Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin bakal bernikah, tiada lagi rakan artis yang lebih gembira daripada Yana Samsudin selaku kawan baik aktor tersebut.

Menurut Yana, Syatilla mempunyai ciri-ciri wanita idaman Sam dan beliau mendoakan agar pasangan ini kekal bahagia sehingga ke akhir hayat.

Yana juga menasihati agar pasangan ini tidak terlalu tertekan memikirkan setiap persiapan bagi majlis perkahwinan mereka.

Saya memang baru tahu selepas sidang media itu.  Tapi ‘rasa’ itu dah ada.  Tilla memang taste Sam, putih-putih dan gebu-gebu.  Dan yang penting keluarga restu, insyaAllah.

Saya tahu yang Sam mesti tengah sibuk nak uruskan fasal majlis perkahwinan, kita dah laluinya.  Harap Sam dan Tilla, jangan stress (sebab Sam suka perfect nanti dia stress hahaha).  Jalani hidup dengan gembira dan persiapkan diri sebagai seorang suami dengan tenang.

Saya dan Fadzil doakan Allah kekalkan jodoh kebahagiaan Sam & Tilla hingga akhir hayat dan dipermudahkan zuriat.  Tengok dari jauh pun dah gembira.  BFF kahwin adalah salah satu perkara yang paling best dalam dunia.

Bak kata Yana kawan baik mana yang tidak seronok mendengar berita rakan mereka bakal mendirikan rumah tangga? Hehe.

Mungkin ada lagi pihak yang masih berkecil hati kerana Sam dan Syatilla merahsiakan hubungan mereka, tetapi yang dah lepas tu biarlah ia berlalu. Chill, relax. Doakan sahaja yang terbaik buat mereka berdua.

Sumber Berita: Media Hiburan

Written by Bella | January 14th, 2016

Hafizul Kamal, mungkin ada yang kenal dan ada yang tidak tetapi beliau merupakan juara program On Air musim pertama serta pelakon yang membintangi drama seperti Miranda bersama Fasha Sandha dan Jauh Dari Cinta bergandingan dengan Anzalna Nasir.

Menyulam cinta selama tiga tahun bersama kekasih hati, Nurul Fariza Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Mieja, Hafizul dan pasangannya itu membuat keputusan untuk berkahwin pada 13 Februari ini.

Jelas Hafizul,  diawal percintaan mereka terpaksa berhubung secara jarak jauh selama satu setengah tahun.

Untuk pengetahuan anda, Mieja baru sahaja berusia 21 tahun dan merupakan penuntut di UiTM dalam jurusan Pengajian Bahasa Melayu Profesional.

Kami juga hanya bertemu buat kali pertama selepas hampir setahun berkawan. Walaupun usia Mieja masih muda, tetapi dia sangat matang dari segi pemikiran. Apa yang paling penting, dia juga memahami bidang kerja saya dalam bidang seni.

Sudah cukup bersedia untuk menjadi seorang suami, Hafizul yang baru sahaja ingin mengukuhkan namanya dalam industri hiburan tempatan tidak khuatir jika beliau hilang peminat selepas berkahwin.

Saya tidak menyesal berkahwin pada usia muda kerana percaya soal jodoh adalah ketentuan Allah. Saya juga tidak bimbang kehilangan peminat apabila sudah berkahwin kerana peminat kini sudah bijak menilai bakat artis yang mereka minati dan bukan kerana status mereka.

Majlis pernikahan mereka akan berlangsung di kediaman keluarga Mieja di Jerteh, Terengganu manakala majlis pihak lelaki pula diadakan pada 20 Februari di Kuala Lumpur. Pasangan ini juga sepakat untuk tidak mendedahkah jumlah wang hantaran kahwin kepada umum.

Tahniah kepada Hafizul Kamal dan bakal isteri, semoga segala perancangan buat majlis perkahwinan anda berjalan dengan lancar.

Sumber Berita: Harian Metro

Page 29 of 52« First...1020...2728293031...4050...Last »