Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Kahwin Bukan Untuk Tutup Kontroversi – Aliff Aziz

Mempunyai sejarah silam sebagai seorang yang “liar” dan “kaki perempuan”  membuatkan Aliff Aziz dihimpit kontroversi mempunyai anak luar nikah bersama seorang wanita yang dikenali beliau tidak lama dahulu.

Advertisement

Malah, ada pihak yang mendakwa imej baiknya sekarang dan keputusan beliau untuk bernikah dengan Bella Astillah adalah bagi menutup kontroversi berkenaan.

Walaubagaimanapun, Aliff sedikit pun tidak melatah dengan gosip berkenaan dan tidak mahu ambil pusing akan spekulasi negatif terhadap dirinya.

Aliff juga tidak mahu mengulas lebih lanjut mengenai isu anak luar nikah tersebut dan ingin fokus kepada perkahwinan beliau.

Biarlah sekiranya orang menganggap keputusan saya untuk mendirikan rumah tangga sebagai jalan untuk menutup kontroversi.

Advertisement

Lagipun, perkahwinan adalah perkata baik dan tidak harus dilengahkan. Saya harus bersedia dari segi zahir dan batin untuk mengemudi bahtera hidup berkeluarga.

Kata orang dalam tempoh bertunang akan ada ujian dan dugaan, kalau Aliff tidak buat apa-apa untuk apa beliau takut bukan? Yang penting Bella dan Aliff harus mempercayai antara satu sama lain. Manusia itu boleh berubah.

Sumber Berita: BH PLUS

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top