Written by Bella | January 15th, 2016

Sejak minggu lepas, ajak kecoh juga dengan isu dimana seorang penulis blog telah mengkritik tentang restoran baharu Fizo Omar dan isterinya Mawar Karim iaitu Fizo Mawar Kitchen terletak di Bangi.

Menurut penulis blog Kisah Emas Putih, layanan di Fizo Mawar Kitchen agak lembap dan makanan yang disediakan indah khabar daripada rupa dan tidak berpatutan dengan harganya.

Walaupun, pada mulanya Fizo agak sentap dengan komen penulis blog tersebut, kini Fizo tampaknya lebih tenang kerana perniagaan itu masih lagi mendapat sambutan yang baik. Malah beliau juga “turun padang” untuk memperbaiki layanan di restoran miliknya itu.

Meskipun kritikan dilemparkan berbaur negatif, saya menganggap ia sebagai bentuk promosi dan pemasaran. Sejak itu, semakin ramai pelanggan datang berkunjung sehingga tidak menang tangan dibuatnya. Dari situ pekerja juga semakin ambil berat dari segala segi. Saya juga meluangkan lebih banyak masa di restoran. Jika ada mesyuarat sekali pun, saya adakan di situ.

Tambah Fizo, beliau sebenarnya merasa syukur atas teguran yang diberikan kerana dari situ beliau boleh mengetahui setiap kelemahan yang ada ketika restoran beliau beroperasi.

Saya anggap tindakan mereka menulis di laman sosial dan membuat ulasan di blog itu adalah cara terbaik. Sekiranya mereka tidak berbuat demikian, sudah tentu saya tidak tahu kelemahan perniagaan saya.

Fizo juga tampil memohon maaf atas kekurangan di restoran beliau kerana setiap hari mereka menerima jumlah pelanggan yang agak tinggi.

Dalam keadaan itu, apa saja boleh berlaku dan ada pelanggan yang terpaksa beratur. Justeru, dengan rasa rendah diri saya mohon maaf jika ada yang terpaksa menunggu lama.

Menurut Fizo, selepas membuat penambahbaikan dari segi perkhidmatan, perkara sama sudah tidak berulang.

Jika benar Fizo sudah tidak terasa hati dan bangkit daripada kritikan yang diterima, kami harap kes ini sudah selesai dengan baik bukan? Tidak perlu lagi menyimpan dendam dan selepas ini cuba untuk bersifat lebih terbuka dalam menerima setiap teguran. Lebih baik seseorang itu jujur secara depan-depan daripada puji melambung tetapi cakap buruk di belakang anda.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | January 15th, 2016

Pelakon Marissa Yasmin yang kini sedang popular membawa watak sebagai ibu Hisyam Hamid didalam drama bersiri Memori Cinta Suraya sah bercerai talak satu bersama suaminya, Muhamad Muhzir.

Muhzir sah melafazkan talak dihadapan Hakim Syarie Mohd Hisyam Zakaria di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam, semalam.

Sebelum ini, Muhzir telah memfailkan permohonan cerai pada 27 November 2015 mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor 2003.

Pada prosiding itu, Muhamad Muhzir selaku plaintif diwakili peguam Jamal Mohd Lokman manakala Marissa diwakili peguam Musa Awang.

Marissa dan Muhzir mendirikan rumah tangga pada tahun 2010, namun mereka tidak mempunyai anak bersama.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by Bella | January 15th, 2016

Jika sebelum ini kami selalu menulis tentang kontroversi Zarina Anjoulie, kali ini kami paparkan pula berita yang agak menggembirakan buat beliau.

Zarina yang sudah berkahwin dan menetap di Brunei, bakal bergelar ibu tidak lama lagi apabila disahkan sedang hamil anak pertama.

Berita gembira itu dikongsikan oleh Zarina menerusi akaun Instagram miliknya.

Another edition to d brat pack family.

Ucapan tahniah dan doa agar segala proses kehamilan berjalan dengan lancar memenuhi ruang komen di Instagram beliau. Boleh kata, perkhabaran itu mendapat reaksi cukup positif daripada peminatnya.

Tahniah kami ucapkan kepada Zarina Anjoulie dan suami, lupakan segala kenangan silam yang pahit dan binalah hidup baharu.  Semoga segala persiapan untuk menyambut bayi pertama beliau berjalan dengan baik.

Sumber Berita: Instagram Zarina Anjoulie

Written by Bella | January 15th, 2016

Amsterdam, Belanda cukup kaya dengan pemandangan indah selain reka bentuk bangunan yang unik, tetapi disebalik setiap benda indah itu ada juga yang buruk.

Dikenali dengan “the famous” Red Light District , ia merupakan tempat pelacuran yang diketahui oleh seluruh dunia. Pandangan mereka terhadap kaum wanita sungguh berbeza.

Pelakon Ayda Jebat yang baru-baru ini menjalani penggambaran drama di sana akui pernah diganggu oleh beberapa laki di Amsterdam agar beliau melakukan hubungan seks. Buat Ayda perkara itu sangat menjijikkan. Sepanjang berada disana beliau juga tidak dibenarkan berjalan seorang diri.

Saya tidak berapa suka Amsterdam kerana cara hidup orang sana yang terlalu terbuka terutama berkaitan seks. Saya juga diganggu beberapa lelaki asing yang menawarkan perkhidmatan itu.

Ada juga ketika sedang penggambaran seorang lelaki iaitu tukang sapu sampah di kawasan itu cuba berbual-bual dengan saya, namun selepas itu kata-katanya mula lucah dan berbaur seks, saya angkat kaki dan terus mencari kru produksi lain.

Pada masa yang sama, Ayda turut memberitahu beliau akan menolak mana-mana babak minum arak dan menari didalam kelab malam kerana tidak mahu mengundang kontroversi.

Mempunyai peminat yang kebanyakkannya masih lagi remaja, Ayda tidak mahu mereka turut terpengaruh dengan lakonan beliau.

Saya bertegas untuk menolak beberapa aksi yang saya rasa keterlaluan kerana bagi saya ia tidak sesuai ditonton peminat-peminat yang rata-rata golongan kanak-kanak.

Lagi pula sekarang teknologi media sosial tidak boleh dikawal. Saya tidak mahu ada orang luar yang ambil gambar saya ketika melakonkan aksi itu dan menjadikannya viral.

Salute la Ayda!, tidak ramai pelakon yang berani menyuarakan kehendak mereka jika diberikan watak liar. Pengaruh seseorang selebriti itu kuat, jika mereka berikan contoh negatif pasti ia akan menjadi ikutan ramai. Lebih baik untuk membuat sesuatu perkara yang memberikan kebaikan kepada semua

Sumber Berita: mStar Online

Page 28 of 52« First...1020...2627282930...4050...Last »