Written by AbangNara | July 30th, 2015

Sedang panas diperkatakan dalam satu lama sesawang mengeluarkan satu artikel fitnah terhadap Abam Bocey sememangnya ingin meraih publisiti murahan dengan mereka-reka cerita berkenaan isu sensitif seseorang sekaligus mencalarkan kariernya sebagai pelawak. Agak kelakar apabila sekali pandang pun kita dapat mengetahui yang lelaki di dalam gambar itu bukanlah Abam Bocey. Tengok tona kulit pun dah boleh tahu.

Minta maaf Abam Bocey bukan hendak digembar-gemburkan cerita yang tidak betul ini tetapi dalam asyik membaca di media sosial ini terbaca pula artikel seperti diatas sekaligus berasa tidak selesa. Cerita murahan sebegini hanya digunakan oleh mereka yang mempunyai akal cetek. Kasihan Abam menjadi mangsa.

Jadi, apakata kita cuba bandingkan badan si Abam Bocey dengan ‘brader’ seperti gambar diatas secara jelas  adalah sangat-sangat berbeza dan tidak benar sama sekali. Ini semua adalah cabaran dan dugaan bergelar seorang selebriti. Diharap Abam Bocey bertabah!!!

Written by Bella | July 29th, 2015

Digandingkan bersama aktres Maya Karin dalam Filem Nota, Hans Isaac mengakui beliau merasa agak berdebar apabila diarahkan untuk melakonkan adegan ranjang bersama pelakon Jepun yang beliau tidak kenali didalam filem berkenaan.

Membawa watak sebagai Kamal beliau mempunyai gaya tersendiri apabila melakukan aksi tersebut yang dianggap sebagai aksi paling mencabar bagi dirinya sepanjang menjalani penggambaran filem Nota.

Hari pertama menjalankan penggambaran saya dah kena buka baju atas katil dan malu sangat apabila saya perlu berlakon dengan pelakon dari Jepun yang sememangnya saya tidak pernah kenal atau berjumpa. Berpeluh dan malu juga apabila disuruh melakonkan adegan yang sebegitu.

Tapi saya perlu menjadi seorang profesional kerana mungkin di Jepun perkara ini normal di Malaysia tidak dan saya hormat dengan undang-undang negara. Apa yang kita buat ada hadnya.

Filem Nota akan mula ditayangkan pada 13 Ogos 2015 secara serentak di seluruh pawagam tanah air.

Bukankah sebelum ini kerajaan telah mengumumkan agar adegan peluk cium dipotong? Walaupun ia cuma salah satu babak dalam filem ia mungkin ada kesan buruknya juga. Siapa pun akan rasa berdebar jika harus melakukan aksi intim dan mengghairahkan bersama orang yang mereka tidak kenal.

Written by serenity | July 29th, 2015

Pada 26 Julai lepas, telah berlangsung majlis rumah terbuka raya yang dianjurkan oleh pelakon jelita Ayu Raudhah dan suaminya pemain bolasepak pasukan Johor Darul Ta’zim II, Zaquan Adha Abdul Razzak. Antara yang turut hadir adalah para pemain pasukan JDT dan JDT II termasuk jurulatih.


 photo 10948964_665206740287335_2028582581_n.jpg

Aidil Zafuan dan isterinya Zarema Zainal serta baby Ayden Zeeyad yang turut memeriahkan majlis tersebut bersama para penyokong pasukan Harimau Selatan. Yang paling penting sudah tentu kehadiran bintangnya iaitu baby super comel Aaishah Dhia Rana dan ibunya Che Ta yang meletop.

Lagi 25 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar Johor Southern Tigers.

Sertai kami untuk Festival Topeng Antarabangsa Malaysia / Malaysia International Mask Festival 2015 dari 13 hingga 16…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Tuesday, 28 July 2015

 
Written by Bella | July 29th, 2015

Aktres Sheera Iskandar baru-baru ini telah mengesahkan beliau bakal berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya, Doul Harun yang merupakan seorang tukang masak pada Ogos depan.

Pasangan itu bakal bernikah gantung sebelum melangsungkan majlis resepsi perkahwinan mereka sekitar awal tahun 2016. Keputusan untuk mendirikan rumah tangga sebenarnya berlaku secara tiba-tiba pada bulan Ramadhan lepas sebaik sahaja kedua-kedua pihak keluarga mahu mereka terus bernikah tanpa mengadakan sebarang majlis pertunangan.

Sebenarnya pihak lelaki terlebih dahulu datang merisik saya pada Mei lalu dan berbincang mahu bertunang pada Ogos depan. Tetapi entah bagaimana pada Ramadan baru-baru ini, tiba-tiba sahaja kedua-dua belah pihak setuju untuk kami terus bernikah sahaja dan tidak perlu membazir mengadakan majlis tunang bulan depan.

Oleh sebab itu, kami sendiri belum ada tarikh tertentu lagi untuk pernikahan kami kerana masih memikirkan kesesuaian dan kelapangan keluarga kedua-dua belah pihak. Tapi In Sha Allah, ianya akan berlangsung pada bulan hadapan.

Mengimbau kembali kepada detik perkenalan mereka, Sheera memberitahu beliau dan Doul sudah mula berkenalan empat tahun lepas tetapi mula rapat pada awal tahun ini.

Terus-terang kami memang tidak pernah bercinta. Saya dengan dia cuma kenal dan kawan biasa sahaja sejak 4 tahun lalu. Malah jarang sekali berjumpa. Tapi rupanya dia sudah simpan perasaan pada saya dan meluahkannya sebelum dia datang merisik ke rumah saya. Semuanya berlaku dengan pantas, dia datang merisik,  ibu saya suka dan terima.

Saya pula tidak menolaknya kerana saya pernah berdoa kepada Allah supaya temukan saya dengan jodoh dengan segera supaya saya tidak perlu berkawan lama atau menjalinkan hubungan cinta dengan dia. Jika benar lelaki itu inginkan saya, biar dia terus sahaja masuk meminang serta  bernikah. Nampaknya doa saya telah dimakbulkan ALlah SWT.

Inilah yang dinamakan jodoh dan sudah sampai masanya Sheera Iskandar untuk melangkah ke gerbang perkahwinan. Tahniah kami ucapkan kepada Sheera dan Doul, semoga segala persiapan berjalan dengan lancar seperti yang direncanakan.

Sumber Berita: Murai

Page 5 of 49« First...34567...102030...Last »