July 30th, 2015

Tanggal 29 Julai menyaksikan beberapa menteri baharu telah dilantik selepas Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan untuk melakukan rombakan kabinet. Antara menteri baharu ialah Menteri Komunikasi dan Multimedia yang kini diterajui oleh Datuk Seri Salleh Tun Said Keruak.

Atas perlantikan baharu tersebut, penggiat industri seni hiburan tempatan berharap agar Datuk Seri Salleh akan bertindak segera selepas mendapat beberapa maklum balas mengenai masalah-masalah yang timbul didalam industri seni tanah air.

Presiden Gabungan Persatuan Karyawan Filem Malaysia  (Gafim), Jurey Latiff Rosli berkata, dia gembira dengan perlantikan tersebut memandangkan menteri berkenaan pernah menjadi pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) pada tahun 2011 dan seharusnya memahami hal yang berbangkit.

Sebelum ini Salleh pernah menjadi Pengerusi Finas, tetapi dalam tempoh yang sangat singkat. Tidak sempat nak bantu industri walaupun beliau telah merancang macam-macam perkara bagi mengukuhkan industri seni.

Jadi saya percaya beliau tahu apa yang perlu dibuat bagi menyelamatkan industri seni negara yang berada dalam keadaan tenat ketika ini. Saya mewakili penggiat seni lain berharap agar beliau dapat membantu menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi kami.

Pada masa yang sama, Jurey berharap agar pihak di jabatan Komunikasi dan Multimedia dapat menjalinkan hubungan yang baik dengan penggiat seni di Malaysia agar mereka lebih memahami segala pergerakan dalam industri yang kini kelihatan sudah malap dan tenat. Malah, beliau turut memohon agar Datuk Seri  Salleh tidak pilih kasih dan ikhlas dalam satu kerjasama yang dibuat pada masa hadapan.

Industri seni tanah air harus kita akui memang agak tenat sekarang, tidak semua karya mampu menarik minat penonton apatah lagi jika ia harus bersaing dengan filem dari luar yang cukup menarik. Kalau drama pula, macam tiada idea lain semuanya berdasarkan novel sahaja. Kami harap dengan adanya menteri baharu ini, adalah sedikit perubahan ye.

Sumber Berita: mStar Online


Comments are closed.

Loading...