Saya Boleh Lihat Makhluk Halus – Aeril Zafrel

Hiburan

Saya Boleh Lihat Makhluk Halus – Aeril Zafrel

Ketika zaman persekolahan dulu, ada jugalah terdengar cerita beberapa orang rakan yang mendakwa diri mereka boleh melihat makhluk halus. Kata mereka hijab mereka terbuka jadi membolehkan mata mereka melihat apa yang tidak nampak oleh pandangan mata kasar. Lagi seram bila si polan ini kata dia nampak ada syaitan tengah makan benda jijik di bahu kita. Tak pun dalam bilik study tue ada syaitan tengah mencangkung kat meja yang kosong di hujung bilik. Pergh. Meremang bulu roma beb!!!
aeril zafrel

Masa berlalu pergi, Abang Nara pun semakin meningkat dewasa. Jadi cerita-cerita seperti itu Abang Nara anggap hanya cerita dongeng semata-mata. Biasalah duduk asrama mestilah masing-masing nak kongsi kisah seram masing-masing. Tapi Abang Nara tak nafikan memang ada pihak yang boleh melihat makhluk halus ini. Semalam, pelakon yang juga merupakan suami kepada Wawa Zainal iaitu Aeril Zafrel memaklumkan yang dia memiliki kebolehan tersebut. Kata Aeril:-

Advertisement

Kadang-kadang hijab saya terbuka dan saya boleh lihat (makhluk halus). Tetapi saya tidak mahu terlalu banyak menceritakan perkara berkenaan. Takut orang salah tafsir pula.

Semua itu bermula selepas ibu-bapa saya meninggal dunia kerana buatan orang. Tidak lama selepas itu saya pula yang terkena. Kejadian tersebut membuatkan saya cuba belajar ilmu-ilmu perubatan Islam.

Tetapi bukan untuk merawat orang pun. Saya belajar agar dapat melindungi keluarga sekiranya ada apa-apa berlaku. Lagipun ia adalah salah satu ilmu pengetahuan yang sata anggap wajib belajar sebagai persediaan

aeril zafrel

Pergh memang cuak gila kalau Abang Nara jadi Aeril Zafrel. Tak boleh bayang perasaan bila ternampak makhluk halus depan mata. Namun pasti ada sebabnya Aeril diberikan kelebihan ini. Mungkin ia boleh digunakan untuk kemaslahatan umat sejagat. Cuma satu je pesanan Abang Nara, kalau ada benda-benda pelik di sekeliling Abang Nara, sila jangan beritahu diri ini. Abang Nara jenis penakut. Kang tak pasal-pasal pengsan pulak. Ada ke pembaca BeautifulNara yang memiliki keupayaan ini? Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...