July 22nd, 2015

Sejak kebelakangan ini, Azwan Ali nampaknya tidak habis-habis cetuskan kontroversi, daripada isu memaki hamun peminat di Twitter kerana isu Me’nate sehinggalah memarahi agensi umrah dan menimbulkan kekecohan hanya kerana pelawak Nabil Ahmad tidak menegur beliau sewaktu terserempak di tanah suci Mekah ketika beliau melakukan ibadah umrah minggu lepas.

Namun, kali ini tindakan Diva AA yang mengeluarkan kenyataan seakan menghina manga kemalangan jalan raya pada Aidilfitri telah mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna Twitter apabila beliau telah mengguris perasaan keluarga mangsa kemalangan yang terlibat.

Ramai yang berpendapat beliau tidak merasa insaf langsung meskipun sudah beberapa kali menjejakkan kaki ke Mekah.

Kami sendiri pun tidak tahu apa sebenarnya masalah Azwan Ali, adalah lebih baik untuk berubah sedikit demi sedikit dan jangan mensia-siakan pahala anda ketika mengerjakan umrah.  Laser biar bertempat, fikir juga hati orang lain.

 

 

July 22nd, 2015

Isu “perang” Instagram Nora Danish dan bekas isteri Nedim Nazri bukan sahaja mendapat perhatian peminat malah ia turut diketahui oleh aktres Rita Rudaini.

Melalui satu muat naik terbaru di Instagram miss_kepoh,  Rita didakwa telah menyindir Nora Danish apabila menekankan ayat ” Home Wreckers ” ( pemusnah rumah tangga) menerusi ruang komen di Instagram milik Nabilah Khan dan pada masa yang sama telah memberikan kata-kata semangat agar bekas isteri Nedim terus tabah dengan apa yang berlaku.

Nampaknya episod sindir menyindir ini sudah berpanjangan pula di pihak yang lain selepas kedua-dua Nora dan Nabilah sudah mula berdiam diri.  Adakah Nora Danish akan membuat kenyataan balas lagi selepas ini? Wallahualam.

July 22nd, 2015

Bulan Syawal sepatutnya menjadi bulan yang penuh kemaafan tetapi baru-baru ini menerusi akaun Instagram miss_kepoh mereka melaporkan bahawa aktres Nora Danish telah “berperang” di Instagram dengan bekas isteri kepada kekasihnya Nedim Nazri iaitu Nabilah Khan.

“Perang” tersebut bermula apabila Nabilah telah memuat naik satu foto di Instagram dengan potongan ayat berikut:

Real women don’t need to steal a person’s husband they go out and get their own! #justsaying.

Kemudian, Nora pula membalas dengan memuat naik foto lain sehingga berlarutan. Malah, Nedim juga sempat untuk mempertahankan buah hatinya dan menafikan Nora sebagai pemusnah rumah tangga orang lain.

Terus-terang, jika Nabilah Khan memuat naik status sebegitu perlukah Nora Danish terasa kalau beliau tidak bersalah? Siapa makan cili terasa pedasnya. Tindakan berperang di Instagram berbalas-balas kenyataan menerusi sebuah foto agak keanak-anakan sebenarnya. Sepatutnya sempena Syawal lebih baik untuk berdamai dan memohon maaf diantara satu sama lain.

Sumber Berita: Murai

 

July 22nd, 2015

Ala ala ala comelnya Lisa Surihani berhari raya dengan kandungan yang sudah hampir mencecah 8 bulan. Memang dah jelas sangat baby bump dan tumbesaran yang berlaku. Namun Lisa tetap maintain comel, sesuai dengan statusnya sebagai selebriti kesayangan Malaysia. Tak sabar rasanya nak tengok Lisa dan Yusry berhari raya bersama anak tercinta tahun hadapan. Mesti masing-masing pakai baju sedondon.

lisa surihani raya

Semoga segalanya berjalan lancar buat Lisa Surihani sekeluarga sehingga hari kelahiran kelak. Abang Nara teringat wife tercinta yang terberanak lepas makan rendang hari raya. Hehehe. Jadi Lisa kenalah berhati-hati. Jangan makan banyak sangat. Nanti tercepat pulak.

lisa surihani raya

Lagi beberapa gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

lisa surihani raya
lisa surihani raya

lisa surihani raya
lisa surihani raya
lisa surihani raya