(VIDEO)Orang Korea Akui Nora Danish Kelihatan Serupa Dengan Song Ji Hyo

Hiburan

(VIDEO)Orang Korea Akui Nora Danish Kelihatan Serupa Dengan Song Ji Hyo

Nora Danish seringkali dikatakan ‘Song Ji Hyo Malaysia’ kerana wajahnya yang kelihatan serupa dengan bintang Running Man tersebut. Abang Nara pun kadang-kadang terperasan juga ada beberapa sudut yang memang wajah mereka serupa. Kedua-duanya sama comel dan mempunyai raut wajah yang lebih kurang sama. Namun itu semua yang digembar-gemburkan oleh orang Malaysia, apa pula pandangan orang Korea apabila melihat gambar Nora Danish?

nora danish song ji hyo

Advertisement

Di dalam satu video di mana beberapa orang Korea diminta meneka umur selebriti wanita Malaysia, reaksi yang diterima untuk Nora Danish adalah paling ‘win’ sekali. Tanpa berfikir panjang salah seorang daripada orang Korea tersebut mengakui wajah Nora kelihatan sama dengan Song Ji Hyo. Menariknya, umur Nora Danish turut sama diteka jauh lebih muda berbanding usia sebenarnya. Baby face sungguh!!!

Antara selebriti-selebriti lain yang diteka umur mereka ialah Emma Maembong, Shila Amzah dan juga Hanis Zalikha. Pelbagai reaksi kelakar dan tidak dijangka telah ditunjukkan oleh orang Korea. Menarik juga sekali sekala buat macam ini. Apa kata anda? Sama tak Nora Danish dan Song Ji Hyo?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...