July 23rd, 2015

Semakin hari kita boleh perubahan yang agak ketara pada bentuk badan aktor Norman Hakim yang kini lebih sasa berbanding awal kemunculan beliau didalam bidang seni. Sering memuat naik foto dan video beliau menjalani sesi senaman di akaun Instagram miliknya, Norman bagaimanapun memberitahu niat sebenar beliau adalah ingin mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Norman sememangnya meminati dan aktif dalam bidang sukan sejak dibangku sekolah lagi dan minat itu diteruskan sehingga kini.

Sebelum menceburi bidang seni, saya memang aktif bersukan sejak di bangku sekolah. Memang minat itu sudah ada dalam diri sejak dahulu lagi. Jadi apabila masuk dalam bidang seni, saya teruskan minat ini, termasuk dalam sukan bina badan.

Selain minat, saya juga niatkan ia sebagai ibadat. Jadi apabila kita berniat begitu, tidak timbul perasaan riak atau menunjuk-nunjuk. Anak-anak pun suka tengok bapa mereka dalam fizikal seperti adiwira. Mereka selalu minta saya tunjuk otot lengan.

Pada masa yang sama beliau juga mengenai cara senaman dan diet pemakanan yang betul kepada orang ramai. Ia sekaligus memberikan Norman motivasi untuk terus mengamalkan gaya hidup yang sihat.

Pada kami tidak salah untuk Norman Hakim berkongsi foto badan sasa beliau di Instagram, mungkin juga ia boleh menjadi sumber inspirasi kepada mereka diluar sana yang selama ini ingin hidup lebih sihat dan mendapatkan susuk tubuh yang lebih menawan.

Sumber Berita: BH Plus

 


Comments are closed.

Loading...