Written by Bella | April 19th, 2015

Sudah memberitahu untuk tidak lagi tampil berpakaian seksi dalam  lakonan, ramai pihak yang mempersoalkan keputusan Izara Aishah setelah tersebarnya foto babak seksi dan intim beliau bersama Remy Ishak di dalam filem Pilot Cafe.

Aktres itu menjelaskan beliau tidak pernah meletakkan sebarang syarat dari segi lakonan tetapi terpaksa melakonkan babak seksi atas pemintaan pihak produksi meskipun beliau merasa tidak selesa.

Untuk filem Pilot Cafe ini pun, babak saya kena pakai seksi tu sebenarnya saya kurang selesa tapi saya terpaksa akur dengan permintaan pihak produksi. Namun, dari segi lakonan pula saya tidak letak syarat apa-apa. Lagipun saya percaya yang kekasih saya faham mengenai bidang kerja saya sebagai seorang pelakon. Asalkan saya tahu menjaga diri dan batasan.

Kali pertama memegang watak utama dalam filem, Izara mengakui beliau agak berdebar untuk melihat hasilnya jika penonton suka ataupun sebaliknya. Membawa karakter penuh emosi, ia merupakan satu cabaran yang agak besar buat dirinya.

Ramai letak harapan tinggi terhadap filem ini dan sedikit sebanyak ia buat saya rasa tertekan, apatah lagi memikirkan bagaimana penerimaan penonton terhadap lakonan saya.

Watak saya kali ini berat dan banyak bermain dengan emosi. Saya juga banyak menangis dalam filem ini.Babak menangis dan babak melahirkan anak paing susah dan mencabar.

Jika sudah membuat perjanjian untuk menjayakan sesebuah filem, kadang-kala agak susah untuk artis menolak arahan pengarah untuk melakonkan babak yang tertentu meskipun merasa kurang selesa. Benda dah lepas tidak boleh buat apa-apa dah.

Sumber Berita: Malaysian Digest

 

 

 

Written by Bella | April 19th, 2015

Sebuah portal akhbar tempatan melaporkan pelawak Zizan Razak sudah menghantar rombongan merisik gadis sekampung iaitu dari Terengganu. Difahamkan keluarga Zizan telah bertandang ke rumah gadis tersebut pada hari Rabu yang lalu.

Artikel di portal tersebut juga telah mendedahkan nama bakal isteri Zizan iaitu Nor Edura Diyana Hashim, beliau berusia 24 tahun dan merupakan seorang pelajar dalam bidang perakaunan di universiti tempatan di Terengganu.

Walaubagaimanapun, terdapat satu cerita tidak enak dimana Zizan didakwa telah menjalinkan hubungan dengan gadis tersebut meskipun pada masa itu beliau masih lagi bergelar kekasih kepada Emma Maembong.

Gadis itu juga dikatakan pernah bergambar bersama Emma di sebuah restoran dan tidak tahu mengenai hubungan teman lelakinya itu bersama Edura kerana Zizan hanya menyatakan gadis tersebut sebagai kawan sekampungnya. Malah apabila isu Zizan dan si gadis yang dikatakan sebagai orang ketiga itu muncul, Zizan berkali-kali menafikan dengan pihak media.

Kami harap selepas ini Zizan Razak tampil ke hadapan dan menjelaskan semua persoalan atas apa yang telah berlaku. Adalah lebih baik sebenarnya jika beliau mengaku merisik ataupun bertunang dengan gadis tersebut untuk mengelak daripada difitnah. Jika niat kita baik maka ia akan dipermudahkan.

Sumber Berita: Harian Metro

Written by Bella | April 19th, 2015

Vokalis kumpulan rock popular, Amy Search berniat untuk membuka lebih banyak lagi sekolah tahfiz pada masa akan datang selepas berjaya membuka sebuah sekolah Tahfiz, Al-Bayan School Of Quran & Hadith di Sungai Buloh pada awal tahun 2014.

Pelajar di Al-Bayan School of Quran & Hadith terdiri daripada kanak-kanak didalam lingkungan usia 7 hingga 15 tahun. Selain diajar untuk menghafal Al-Quran, Hadis serta Bahasa Arab mereka turut mempelajari  subjek utama seperti Matematik dan Bahasa Inggeris.

Sekolah tersebut dibuka oleh Amy Search secara kecil-kecilan bersama seorang rakan dimana ia menempatkan seramai 15 orang pelajar tahfiz.

Sekolah Tahfiz tersebut dibuka oleh saya bersama dengan seorang rakan yang terletak di Sungai Buloh. Kini kami mempunyai seramai 15 orang pelajar dan itu sudah mencukupi kerana tempat tersebut tidak dapat menampung jumlah bilangan pelajar yang ramai.

Pada masa sekarang biar saya fokus dulu dengan apa yang ada kerana bila semua berjalan dengan lancar kita akan tambahkan lagi tahfiz yang lebih besar pada masa hadapan.

Buat Amy beliau menganggap pembukaan sekolah tahfiz berkenaan adalah salah bekalan amalan di dunia dan di akhirat. Namun, beliau tidak mempunyai sebarang rencana untuk meninggalkan bidang muzik dalam masa terdekat.

Apa yang saya lakukan ini (membuka sekolah Tahfiz) mengikut apa yang termampu dalam mengimbangkan bekalan amalan saya di dunia dan akhirat.Pun begitu saya tidak mempunyai sebarang perancangan untuk bersara daripada industri muzik kerana itu semua ditentukan oleh Allah.

Niat Amy Search untuk membuka sekolah tahfiz dengan lebih besar adalah satu hasrat yang murni dan kami percaya ia akan terlaksana jua satu hari nanti. Masyarakat kini semakin sibuk mengejar kemewahan dunia sehingga mereka lupa untuk membuat amal serta kebaikan  untuk  bekalan di akhirat. Tidak kisah berapa nilainya apa yang penting keikhlasan hati.

Sumber Berita: mStar Online

Written by serenity | April 18th, 2015

Kalau semalam hangat dengan kisah seorang bekas peminat Zul Ariffin memaki hamun pelakon itu di ruangan komen blog-blog hiburan kerana dilayan sepi oleh pelakon itu sewaktu diminta bergambar bersama, dia juga ada memberi komen tambahan di ruangan komen BeautifulNara:

 photo Untitled_2.png
Bagaimanapun, Zul telah meberi respon ringkas berkenaan perkara itu di Twitter milik beliau.

 photo Untitled.png

Dalam bahasa Melayu, apa yang dikatakan oleh Zul Ariffin ialah:-

Jika menjaga privasi ibu dan keluarga saya menyebabkan saya dimaki hamun, saya tak kisah.

Nampaknya Zul mempunyai alasan tesendiri bertindak seperti itu. Status Twitter Zul mendapat sokongan peminatnya:

 photo Untitled_1.png
Bekas peminat tersebut sudah mendapat apa yang dihajati iaitu perkara ini telah menjadi viral, bagaimanapun bekas peminat itu juga turut dikecam kerana mahu bergambar dengan selebriti kemudian tidak dapat menerima apabila yang didapati tidak menepati jangkaan.

Biarlah perkara ini menjadi pengajaran bagi semua pihak. Selebriti pun manusia seperti kamu, dan ada masanya mereka mahukan masa peribadi untuk diri dan keluarga walaupun berada di tempat awam.

Bagaimanapun, bila sudah ada ramai peminat, kadangkala ragam peminat yang teruja bila bertemu artis yang biasanya sebelum ini hanya dapat dilihat di kaca televisyen tidak dapat dielakkan.

Mungkin inilah harga yang terpaksa dibayar atas sebuah kemasyhuran. Selamat maju jaya buat Zul Ariffin.

Sebilangan kita mungkin sudah biasa dengan sajian istimewa nasi yang dihiasi pelbagai lauk pauk yang enak. Namun, masih…

Posted by Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara on Thursday, 16 April 2015