Penganjur Tidak Layan Cadangan Pengasingan Jantina Di Konsert Oleh JAKIM

Hiburan

Penganjur Tidak Layan Cadangan Pengasingan Jantina Di Konsert Oleh JAKIM

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) baru-baru telah mengeluarkan Garis Panduan Hiburan Dalam Islam yang menerima perhatian banyak pihak. Didalam garis panduan tersebut, pihak JAKIM mahu melaksanakan pengasingan penonton mengikut janti ketika sesebuah konsert hiburan diadakan di Malaysia.

Perkara itu telah mendapat perhatian Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Livescapa Asia, Iqbal Ameer yang memberikan pendapat bahawa langkah sedemikian akan merosakkan pengalaman penonton yang hadir ke konsert secara keseluruhan.

Advertisement

Tiada penganjur acara akan melayan langkah sedemikian. Saya lebih suka tidak mengadakan apa-apa konsert daripada mengikut garis panduan tersebut.Ini tidak adil untuk artis, semua yang terlibat dalam persembahan dan yang paling penting peminat.

Selain pengasingan lelaki dan perempuan, garis panduan itu juga tidak membenarkan muzik dan lirik yang mempunyai unsur “menyembah” dan dianggap suci bagi penganut agama selain Islam.

Sekiranya garis panduan tersebut dikuatkuasakan, semua penganjur akan bertindak untuk menghentikan penganjuran sesebuah konsert. Jelas Iqbal Ameer lagi, pihak pengancur acara di Malaysia sudah beberapa kali membincangkan alternatif berbeza untuk mengadakan konsert di negara ini, tetapi semua idea yang dibentangkan oleh mereka tidak diendahkan oleh pihak yang terbabit.

Industri hiburan di Malaysia sangat bertoleransi pada mana-mana peraturan atau pelaksanaan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Banyak kali, kami telah mencadangkan kaedah yang berbeza untuk konsert, tetapi tidak diendahkan. Jika garis panduan ini diamalkan, Malaysia akan kerugian dalam industri yang bernilai berjuta-juta ringgit ini. Semua orang akan pergi ke negara lain seperti Thailand, Indonesia dan Singapura untuk hiburan

Untuk mengeluarkan garis panduan yang tertentu, pihak JAKIM dan penganjur konsert harus duduk bersama dan berbincang agar tiada pihak yang tidak berpuas hati dengan sesuatu keputusan. Buah fikiran pihak penganjur juga harus dipertimbangkan agar tiada masalah yang akan berlaku di masa hadapan. Win win situation.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...