Bocey Minta Bayaran Tinggi Dan Mula Lupa Diri?

Hiburan

Bocey Minta Bayaran Tinggi Dan Mula Lupa Diri?

Gabungan tiga orang pelawak dengan keunikan masing-masing, kumpulan Bocey semakin mendapat tempat di hati orang ramai dan populariti merek mula meningkat. Sudah mempunyai nama yang agak kukuh sekarang, ada pihak yang mendakwa Bocey kini sudah lupa diri dan mula menaikkan harga untuk persembahan.

Namun, ahli kumpulan tersebut Abam menafikan dakwaan itu dan meminta maaf sekiranya ada pihak yang tersinggung dengan mana-mana tindakan mereka dan telah mencuba sedaya upaya mereka untuk melayan peminat sama rata.

Advertisement

Saya menafikan tuduhan yang dilemparkan terhadap kami kerana setakat ini belum ada mana-mana pihak yang menyuarakan pendapat berkenaan lupa diri. Kami sendiri terkejut apabila ada yang bertanyakan sama ada kami lupa diri.

Sebagai artis, kami rasa kami cuba sedaya upaya untuk melayan peminat sama rata tetapi tidak tahu pula jika ada pihak yang terasa hati dengan tindakan kami tanpa disedari. Malah pihak yang mengenali kami pastinya tidak akan percaya gosip ini kerana tahu kami bukanlah seperti yang didakwa.

Bocey juga sebenarnya tidak kisah atau iri hati  andai ada antara ketiga-tiga mereka lebih menonjol dari yang lain kerana ia secara tak langsung turut membawa jenama Bocey.

Kami rasa tidak salah untuk Bocey menaikkan harga mereka sedikit, kita tahu kerjaya sebagai seorang pelawak bukanlah mudah. Pelbagai idea kreatif harus dihasilkan untuk membuat orang lain ketawa.

Sumber Berita: Berita Harian

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...