Written by Bella | February 28th, 2015

Semalam kita telah mendapat berita bahawa isteri Tomok telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua mereka. Ramai yang sudah tidak sabar melihat foto bayi mereka itu.

Menerusi laman Instagram miliknya, Tomok hari ini telah memuat naik foto dan turut mendedahkan nama anak lelakinya  yang diberi nama Andrashah Iman.

Tomok merasa syukur kerana segala proses berjalan dengan lancar apabila kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.

Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.

Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.

Andrashah Iman selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre pada jam 1.34 tengah hari semalam dengan berat 3.33 kilogram.

 Syukur, memang comel kan Andrashah Iman? Lepas ni peminat tak sabar pula melihat kerenah anak lelaki kedua Tomok apabila diusik oleh ayahnya seperti Arrian dulu.

Sumber Berita: BH ONLINE

Written by Bella | February 28th, 2015

Beberapa hari lepas, Mamat Khalid telah meluahkan rasa kecewa dan terkilan apabila dua watak utama dalam filem Usop Wilcha Dalam Warewolf Dari Bangladesh iaitu Emma Maembong dan Zizan Razak tidak dapat memberikan komitment bagi menghadiri malam tayangan perdana filem tersebut.

Susulan hal tersebut, hari ini Emma Maembong telah menjelaskan sebab tertentu mengapa beliau tidak dapat hadir.

 Penggambaran itu berlangsung dari Pulau Pinang hingga ke Langkawi. Ikutkan saya sudah memaklumkan kepada isteri abang Mamat sendiri mengenai jadual seni saya.

Malah saya siap memberikan nombor telefon pembantu pengarah untuk pihak mereka periksa semula jadual.

Tapi memang tak ada rezeki untuk saya bersama menonton bersama. Tambahan pula ia filem sulung lakonan saya. Takkanlah saya tak mahu menyaksikannya sendiri detik manis itu. Kalaulah pratonton itu dilakukan hari ini memang saya boleh menghadirkan diri.

Emma turut merasa kecewa apabila pihak Mamat Khalid enggan menceritakan perkara sebenar dan mengeluarkan kenyataan yang tidak berasas.

Jika jadual sudah ketat, macam mana lagi nak hadir acara tersebut. Tidak dapat dinafikan mungkin pengarah filem akan kecewa bila pelakon utama tidak dapat hadir, tetapi kedua-dua pihak harus saling memahami. Industri hiburan di Malaysia ini kecil. Tiada guna kita bermasam muka.

Sumber Berita&Foto: BH ONLINE

Written by Bella | February 28th, 2015

Bila sahaja Ayda Jebat dinobatkan sebagai juara dalam dua kategori di Anugerah Meletop Era 2015, timbul desas-desus mengatakan beliau sebenarnya berusaha keras untuk mengundi diri sendiri untuk merangkul anugerah tersebut.

 Namun, Ayda telah menafikan sekerasnya gosip liar itu dan menjelaskan tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.

Dalam telefon saya tiada sebarang aplikasi Astro atau Anugerah Meletop untuk undian online yang membolehkan saya mengundi diri sendiri. Malah saya sendiri tiada masa untuk berbuat demikian.

Buat Ayda semua kritikan yang diterima dijadikan pembakar semangat untuk beliau terus maju dalam industri hiburan tempatan.

Ramai yang tidak berpuas hati kerana Ayda masih mentah dalam bidang lakonan dan secara tiba-tiba telah memenangi kategori  utama setanding Johan Raja Lawak iaitu anugerah Top Top Meletop (Wanita) dan Artis Baharu Meletop yang sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM15,000.

Sebagai artis baharu dan sudah mendapat penghargaan,buktikan kepada semua pengkritik diluar sana yang anda layak untuk anugerah tersebut. Usaha sebaik mungkin agar anda tidak lagi dipandang rendah. Anugerah itu cuma bonus, apa yang penting bakat anda.

Sumber Berita: mStar Online

Written by AbangNara | February 28th, 2015

Pergh!!! Meriah sungguh majlis pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel yang telah berlangsung di Hotel Pullman Kuching semalam. Abang Nara suka sangat tengok majlis ini. Semua pakai baju matching. Siap ada pengapit, pelamin dan paling best, Hafiz siap nyanyi lagi. Mesti si tunang cair mendengar kelunakan suara bakal suaminya. Cayalah Hafiz!!!

gambar pertunangan hafiz suip

Apa pun kedua-duanya memang sama cantik dan sama padan. Nureffy memang makin terserlah kecantikannya di hari bahagia ini. Hafiz seperti biasa masih dengan perangai gila-gilanya. Kedua-duanya umpama pinang dibelah dua. Tahniah diucapkan atas pertunangan ini. Semoga segalanya berjalan lancar sehingga hari pernikahan kelak.

gambar pertunangan hafiz suip

Lagi beberapa gambar sekitar majlis pertunangan Hafiz Suip dan Nureffy Jasreel dengan membaca artikel ini sepenuhnya. Kredit gambar Project2Pi.

 
Page 1 of 451234567...Last »