Semalam kita telah mendapat berita bahawa isteri Tomok telah selamat melahirkan cahaya mata lelaki kedua mereka. Ramai yang sudah tidak sabar melihat foto bayi mereka itu.
Menerusi laman Instagram miliknya, Tomok hari ini telah memuat naik foto dan turut mendedahkan nama anak lelakinya yang diberi nama Andrashah Iman.
Tomok merasa syukur kerana segala proses berjalan dengan lancar apabila kedua-dua ibu dan anak berada dalam keadaan sihat.
Alhamdulillah saya bersyukur kerana kali ini segala-segalanya berjalan lebih lancar kerana mempunyai pengalaman daripada kelahiran Arrian dulu.
Jadi saya dah bersedia dari segi barang persiapan bersalin isteri serta doktor juga telah memberikan tarikh jangkaan bersalin pada Jumaat lalu.
Andrashah Iman selamat dilahirkan di Prince Court Medical Centre pada jam 1.34 tengah hari semalam dengan berat 3.33 kilogram.
 Syukur, memang comel kan Andrashah Iman? Lepas ni peminat tak sabar pula melihat kerenah anak lelaki kedua Tomok apabila diusik oleh ayahnya seperti Arrian dulu.
nampak macm pes je..betol ke ?
betol ke pes ? betol ke ni ?
betol ke ni? eh jangan lah gituuuuu lambat nye keluar komen minah jambu ni bang nara ni dh kenape ? helo bang nara awak kat mana ? kenape komen minah jambu tk kelua2 ni ? u jangan buat i darah naikkkk..
Ank tomok comel2
bini xde la mat saleh
untong tomok dpt ank kulit merah
pe pun taniah dh dpt hero 2 org
smoga menjadi ank yg soleh aminn
Abg nara tak hbs2 duk ulang ayat kes video tomok pura2 marah arrian…sebenarnya…Arrian ni lagi femes dari anak che ta ni dekat IG sbb comel, cerdik , bijak, dan slang omputeh dia tu…bukan sbb video lapuk tu je…..