Written by AbangNara | January 29th, 2015

Salah satu perkara yang menjadi topik bualan ramai apabila Neelofa memuatnaik gambar ubun-ubun kepalanya dipegang oleh bapa saudaranya ialah komen yang dikeluarkan oleh adiknya, Ameera. Komen tersebut memang agak kasar dan mengejutkan orang ramai yang membacanya. Mana tidaknya, ramai yang tak menyangka gadis berwajah lembut seperti Ameera sanggup mengeluarkan kata-kata maki hamun yang amat kesat. Abang Nara pun terkejut sebenarnya.

ameera

Antara komen-komen yang ditujukan kepada Ameera selepas komen tersebut dimuatnaik ialah ‘muka cun, tapi perangai tak cun‘, ‘perangai pun kenalah secantik wajah‘ dan ‘tak sangka Ameera sanggup cakap macam ini‘. Buat yang terlepas pandang, berikut ialah komen adik Neelofa.

amera

Secara jujur, Abang Nara pun akan bengang sekiranya kakak sendiri dikutuk habis-habisan kerana sekeping gambar. Stress pun ada jugak. Lagipun Ameera baru berusia 14 tahun. Orang muda memang darah menggelegak sikit. Menyedari kesilapannya, Ameera telah membuang komen tersebut dan kini tampil dengan permohonan maaf yang panjang lebar.
ameera

Bukan mudah mengakui kesilapan dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, namun itulah yang telah ditulis oleh Ameera di dalam permohonan maafnya. Semoga perkara yang sama tidak berulang lagi. Memang tak molek sebenarnya lebih-lebih lagi apabila anda merupakan seorang adik kepada selebriti popular. Apa pun, jadikan ini semua sebagai pengajaran. Tahniah kerana mengakui kesilapan anda.

P.S: Kucing misteri berwarna hijau kini pulih

Written by serenity | January 29th, 2015

Kalau sebentar tadi entri kami ialah berkenaan tarikh perkahwinan Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha besar kemungkinan ialah 14 Mac ini, melalui Berita Harian Hanez telah mengesahkan yang dia dan Romie sememangnya akan berkahwin pada tarikh itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah bakal dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban. Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Kemudian pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Khabarnya, Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini.

Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap.

Hanez bakal mengenakan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa. Tiada tajaan besar dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinanannya:

Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu.

Tanpa diduga, menurut Hanez sedang sibuk melangsungkan persiapan perkahwinan, dia ada menerima tawaran berlakon.

Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan.

Kepada Hanez Suraya, dengan ikhlas kami mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan mendatang dan semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua dan berkekalan hingga ke akhir hayat.

Written by serenity | January 29th, 2015

Persengketaan antara Jimmy Shanley Norjahan Saleh, 33, dengan bekas isterinya Nursuhaila Eliani, 29 telah berlangsung bertahun lamanya. Pelbagai kenyataan telah dikeluarkan kedua belah pihak mengenai perkahwinan mereka yang berakhir dengan perceraian.

Bagaimanapun, semalam, Suhaila telah dihukum penjara tujuh hari oleh Mahkamah Syariah Shah Alam selepas didapati sengaja ingkar perintah mahkamah berhubung hak lawatan dan bermalam anaknya.

Suhaila dikatakan gagal menyerahkan anak mereka, Zahrah Rania, 5, kepada Jimmy pada tiga tarikh iaitu 16-18 April, 23-25 April dan 30 April-2 Mei 2013.

Suhaila memberitahu Sinar Harian bahawa dia akur dengan keputusan mahkamah walaupun terkejut pada awalnya.

Saya akan lakukan apa saja demi Zahrah Rania.

Saya tak rasa hubungan kami boleh baik kerana dia sendiri tak pernah ambil tahu hal anak.

Menurut Suhaila juga, Jimmy tidak ambil tahu mengenai belanja dan keperluan anak.

Jimmy tidak pernah memberi duit untuk membeli susu, lampin pakai buang dan keperluan anak.

Bagaimanapun, Mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman itu dengan jaminan ibunya, Datin Muniroh Kassim.

Biasanya yang menjadi mangsa persengketaan pasangan yang bercerai ialah anak mereka. Diharap kedua belah pihak boleh bertolak ansur dan mencari jalan penyelesaian untuk berdamai, sekurang-kurangnya untuk Zahrah Rania yang masih kecil itu.

Untuk makluman anda, Suhaila hadir ke mahkamah ketika hukuman dibuat tetapi Jimmy tidak hadir, khabarnya untuk menjalani latihan pengacaraan sebuah rancangan televisyen.

Written by serenity | January 29th, 2015

Sebelum ini kita diberitahu bahawa pelakon cantik Hanez Suraya dan tunangnya Romie Razin Adilha akan berkahwin namun tarikh itu berbeza-beza. Hanez mengatakan enam bulan dari tarikh pertunangannya iaitu Januari lepas, manakala sumber kami mengatakan bulan Mei. Pastinya pasangan ini sedang sibuk membuat persiapan untuk majlis perkahwinan mereka memandangkan tarikh perkahwinan sudah semakin dekat.

Namun begitu, Hanez telah membuat tempahan kad kahwinnya di Kadkahwinku.com dan admin laman tersebut memberi bayangan seolah-olah tarikh perkahwinan mereka ialah pada 14 Mac 2015.


 photo 10949791_385441388247199_51097045_n.jpg
Kalau betul ini tarikh perkahwinan mereka bagus juga. Lagi cepat mereka berkahwin lebih elok lagi ya tak? Cuma pasti sibuk kerana tidak banyak masa yang tinggal. So, jom save the date! Kami dengar berita Hanez juga sedang sibuk membeli belah untuk majlis perkahwinannya itu.

Memandangkan mereka dah nak berkahwin pun, kita doakan saja yang terbaik untuk Hanez dan Romie. Semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua.