January 29th, 2015

Kalau sebentar tadi entri kami ialah berkenaan tarikh perkahwinan Hanez Suraya dan Romie Razin Adilha besar kemungkinan ialah 14 Mac ini, melalui Berita Harian Hanez telah mengesahkan yang dia dan Romie sememangnya akan berkahwin pada tarikh itu Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

Akad nikah bakal dilangsungkan pada sebelah pagi, manakala pada sebelah malamnya diadakan majlis berinai di kediaman keluarga beliau di Seremban. Majlis menyambut menantu pula akan dilangsungkan pada 21 Mac di kediaman keluarga Romie di Andalas, Klang.

Kemudian pasangan ini akan diraikan dalam satu majlis resepsi di Sime Darby Convention Centre pada 22 Mac.

Khabarnya, Hanez dan Romie sebaik mungkin cuba mempercepatkan perkara baik ini.

Asalnya memang keluarga masing-masing memberikan tempoh enam bulan selepas bertunang untuk ke fasa perkahwinan. Tapi tempoh itu umpama syarat ketika rundingan keluarga diadakan.

Hakikatnya keluarga mahu kami mempercepatkan ia ke bulan Mac.

Cuma ketika itu masih belum ada tarikh tetap. Konsep majlis kahwin saya nanti serba sederhana dan paling penting jemputan yang datang pulang dengan gembira selain menjamu selera dengan makanan sedap.

Hanez bakal mengenakan sentuhan jurusolek kesayangan seperti Chomel dan Syed Dewa. Tiada tajaan besar dari mana-mana pihak untuk majlis perkahwinanannya:

Yang ada tajaan pun hanya tajaan kecil seperti bahagian inai. Kami juga menggunakan khidmat perancang perkahwinan sendiri untuk setiap majlis yang akan berlangsung. Saya juga akan memakai baju kahwin rekaan antaranya seperti Wanpa dan KuntumbyNajeeb.

Saat ini memang saya sibuk membuat persiapan kahwin. Boleh kata sudah hampir 80 peratus sudah boleh lepas tangan kepada perancang perkahwinan. Saya juga akan edarkan kad kahwin tak lama lagi sejurus siap urusan cetakan kad itu.

Tanpa diduga, menurut Hanez sedang sibuk melangsungkan persiapan perkahwinan, dia ada menerima tawaran berlakon.

Saya kena bincang elok-elok dengan pihak produksi kerana takut bertindan dengan tarikh perkahwinan.

Kepada Hanez Suraya, dengan ikhlas kami mengucapkan tahniah dan selamat berbahagia. Jadikan pengalaman lalu sebagai pengajaran untuk kehidupan mendatang dan semoga segalanya dipermudahkan buat anda berdua dan berkekalan hingga ke akhir hayat.


Comments are closed.

Loading...