December 16th, 2011

Cinta, rempit, hantu dan komedi sememangnya menjadi tema kebanyakan penerbit filem Malaysia. Kadang-kadang Abang Nara rasa sampai nak muntah darah tengok tema filem yang sama. Dan mulai semalam, impian Abang Nara untuk menonton sebuah filem Malaysia yang membawakan jalan cerita serius, lain daripada yang lain dan mampu mengajak kita berfikir telah tercapai dengan bermulanya tayangan filem Songlap.

Abang Nara tak mampu komen tentang best atau tidak filem ini kerana masih belum menontonnya. Namun daripada review-review, komen di Twitter dan Facebook, nampaknya filem ini memang lain daripada yang lain. Sedikit sinopsis filem Songlap untuk tatapan anda:-

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Dan paling menariknya, ramai yang sudah menonton filem ini mengakui yang bakat lakonan Shaheizy Sam kembali terserlah semula. Abang Nara kalau tak ada aral melintang akan pergi menonton Songlap pada hujung minggu ini. Buat sementara waktu, apa kata anda yang sudah menonton tinggalkan review dan komen anda tentang filem ini di ruangan komen?

December 16th, 2011

Suatu hari selepas penat menghadiri satu event yang melibatkan pergerakan kaki dan pinggang, badan Abang Nara mula terasa sengal-sengal.

tiger balm

On the way balik ke rumah, Abang Nara singgah sebentar di Guardian untuk membeli Tiger Balm Plaster. Kalau anda masih ingat, Abang Nara pernah ceritakan tentang kehebatan Tiger Balm Plaster yang mampu memberikan kelegaan maksima apabila anda merasa sengal-sengal sendi. Rahsianya sudah tentu pada “plaster hydrogel ” dan “additional adhesive” yang membuatkan Tiger Balm Plaster boleh digunakan sehingga berjam-jam lamanya.

tiger balm

Hari itu Abang Nara dah try Tiger Balm Plaster jenis Warm, kali ini Abang Nara nak try yang Cool pulak. Kalau yang warm rasanya seperti sendi Abang Nara direndamkan di dalam air suam, Abang Nara rasa Tiger Balm plaster Cool nie mesti rasa macam duduk dalam igloo. Mesti rasa lega apabila Tiger Balm Plaster dilekatkan ke pinggang Abang Nara yang sengal-sengal selepas membuat gaya pusingan Cristiano Ronaldo.

tiger balm

Gambar pinggang Abang Nara yang ditampal dengan Tiger Balm Plaster tidak dapat dilampirkan di sini kerana ianya boleh membuatkan anda muntah darah melihat kerampingan pinggang Abang Nara. Seriously Tiger Balm Plaster Cool memberikan kelegaan maksima kepada pinggang Abang Nara yang lenguh.

tiger balm

Dekat 3 jam gak Abang Nara biarkan Tiger Balm Plaster melekat di pinggang Abang Nara. Memang feeling dan paling penting sengal-sengal di pinggang semuanya hilang. Terima kasih Tiger Balm!!!

December 16th, 2011

Mungkin ramai yang tertanya-tanya apakah perkembangan terbaru kes mahkamah Jimmy Shanley dan isterinya, Nursuhaila Eliani Suhaimy . Dan semalam telah pun berlangsung perbicaraan kali pertama untuk kes mereka. Jimmy memberitahu mahkamah yang isterinya masih ketagih judi dan merokok walaupun sudah berjanji untuk berubah selepas berkahwin.

jimmy dan isteri

Jimmy juga mendakwa isterinya bukan sahaja bermain judi daun terup malah pernah bertaruh di Internet ketika berada di rumah keluarga wanita itu di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Petaling Jaya pada hari kedua pernikahan mereka. Memang agak melampau di situ kerana bermain judi hari kedua perkahwinan. Banyak lagi benda best lain kot yang boleh dibuat.

Selain itu, Jimmy juga mendakwa yang Suhaila gemar melayan Facebook dan BBM sehingga tidak mempedulikan kehendak Jimmy yang ingin bersama pada hari tersebut. Kata Jimmy:-

Sebelum bernikah, dia berjanji untuk meninggalkan tabiat buruk itu dan melayan saya 24 jam. Oleh sebab itulah saya bersetuju untuk berkahwin. Bagaimanapun, ia tidak berubah selepas kami berkahwin kerana Nursuhaila masih berjudi hinggakan layanan terhadap saya terhad. Dia juga enggan berada di rumah saya yang tiada talian Internet tanpa wayar. Saya juga bertanya penting ke layan FB dan BBM rakan-rakan, lalu dia menjawab lebih penting layan kawan daripada suami

Nampaknya inilah bahana teknologi kepada perkahwinan seseorang. Namun ini semua dakwaan yang dikeluarkan oleh Jimmy. Kebenarannya masih lagi kita tidak ketahui. Sama-samalah kita tunggu perkembangan kes mahkamah ini. Kredit berita KOSMO.

December 15th, 2011

Fuh ~~ Siapa sangka filem adaptasi daripada novel Ombak Rindu kini berpeluang untuk memegang takhta kutipan filem tertinggi Malaysia. Kini telah pun mengutip RM10 juta, pihak pawagam seluruh Malaysia telah pun memanjangkan waktu tayangan filem Ombak Rindu untuk seminggu lagi kerana sambutan yang sangat hangat.

kutipan filem ombak rindu

Untuk makluman, filem KL Gangster telah pun mengutip sebanyak RM11.74 juta sepanjang tempoh tayangannya. Abang Nara yakin dan pasti, filem Ombak Rindu mampu mencecah kutipan RM12 juta. Confirm hujung minggu ini ramai manusia yang akan menerjah pawagam untuk memastikan mereka tidak terlepas filem hebat ini.

filem ombak rindu

Walaupun dikritik hebat di suratkhabar dengan gelaran tragedi murahan baru-baru ini di sebuah suratkhabar, filem Ombak Rindu ternyata menunjukkan yang rakyat Malaysia masih dahagakan filem romantik yang bermutu tinggi. Adakah selepas ini akan lebih ramai produser yang akan kembali menerbitkan filem cinta? Atau adakah sebenarnya filem Ombak Rindu ini meletup kerana kepopularitian Aaron Aziz? Bagi Abang Nara, keletupan filem Ombak Rindu ini kerana wujudnya fan base (pembaca novel) yang besar. Apa pula pendapat anda?