Songlap Bawa Kelainan Kepada Industri Perfileman Malaysia

Hiburan

Songlap Bawa Kelainan Kepada Industri Perfileman Malaysia

Cinta, rempit, hantu dan komedi sememangnya menjadi tema kebanyakan penerbit filem Malaysia. Kadang-kadang Abang Nara rasa sampai nak muntah darah tengok tema filem yang sama. Dan mulai semalam, impian Abang Nara untuk menonton sebuah filem Malaysia yang membawakan jalan cerita serius, lain daripada yang lain dan mampu mengajak kita berfikir telah tercapai dengan bermulanya tayangan filem Songlap.

Advertisement

Abang Nara tak mampu komen tentang best atau tidak filem ini kerana masih belum menontonnya. Namun daripada review-review, komen di Twitter dan Facebook, nampaknya filem ini memang lain daripada yang lain. Sedikit sinopsis filem Songlap untuk tatapan anda:-

Berlatarkan bandar metropolitan Kuala Lumpur, SONGLAP mengikuti kisah dua adik-beradik – AM (Shaheizy Sam) dan AD (Mohd. Syafie Naswip) yang melibatkan diri dalam sindiket penjualan bayi yang diuruskan oleh seorang wanita bergelar MAMA.

Kehidupan dua adik-beradik ini jauh berbeza; AM mengambil kesempatan dengan menggunakan business MAMA sebagai jalan pintas mendapatkan wang untuk kegiatan judinya, sementara AD mengimpikan kehidupan yang lebih baik dengan menyertai pertandingan tarian B-Boy.

AD mula menyedari impiannya mungkin tidak tercapai setelah kehilangan kawan karibnya RAZAK kepada kancah dadah dan melihat dengan matanya sendiri nasib gadis-gadis muda yang dijual kepada sindiket pemerdagangan manusia.

Apabila adik RAZAK, HAWA (Sarah Ali), yang sedang hamil terjebak dengan sindiket ini, AD tidak boleh menutup mata kepada situasi ini lagi dan terpaksa berlumba dengan masa untuk menyelamatkan HAWA tanpa menyedari bapa Hawa, PAK DIN juga sedang mencari anaknya yang telah hilang. Akan tetapi, niat baik AD untuk menolong HAWA telah menggoyahkan hubungannya dengan AM, dan pergelutan mereka akhirnya mencecah tebing maut.

Berdepan dengan godaan dan pengkhianatan, dan dihambat samseng ganas di jalanraya, siapakah yang akan menang dalam pertaruhan nyawa antara dua saudara ini?

Dan paling menariknya, ramai yang sudah menonton filem ini mengakui yang bakat lakonan Shaheizy Sam kembali terserlah semula. Abang Nara kalau tak ada aral melintang akan pergi menonton Songlap pada hujung minggu ini. Buat sementara waktu, apa kata anda yang sudah menonton tinggalkan review dan komen anda tentang filem ini di ruangan komen?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...