Written by AbangNara | October 12th, 2011

Abang Nara bukanlah seorang peminat teater. Teater pertama yang Abang Nara tengok ialah teater Lat The Muzikal. Secara jujur Abang Nara tertidur sebentar semasa teater tersebut. Bukannya tak best, cuma jalan ceritanya agak lambat sedikit. Jadi bila wife Abang Nara ajak pergi tengok teater The Secret Life of Nora (TSLON), Abang Nara agak keberatan jugak.

the secret life of nora

Mengenangkan hasrat isteri tercinta yang sedang mengandung, Abang Nara gagahkan diri jugak untuk ke Istana Budaya Sabtu yang lepas. Sampai-sampai je Abang Nara dah mula kagum dengan outdoor setting untuk teater ini.

the secret life of nora

Menarik kan? Disebabkan show start pukul 3 dan Abang Nara sampai jam 2.50 petang, maka tak sempatlah nak bergambar banyak-banyak. So Abang Nara pun masuklah dengan harapan cepat mula cepatlah habis. Bukan apa, taknak bazirkan masa selama 3 jam dengan menonton sesuatu yang kurang digemari.

the secret life of nora

Dan ternyata Abang Nara SILAP. Silap kerana memandang rendah dan skeptical terhadap teater The Secret Life of Nora. 3 jam yang berlalu terasa sekejap sangat dan terasa tak puas. Tiara Jacquelina, Adibah Noor, Ryan Silverman, Tony Eusoff dan Pak Nil sememangnya telah menunjukkan kepada Abang Nara apa itu teater yang sebenar.

the secret life of nora

7 sebab anda harus menonton teater The Secret Life of Nora yang akan tamat pada 16 Oktober (Ahad ini):-

ini).

1. Vokal dan lagu-lagu yang mantap

Kalau dah namanya teater muzikal, semestinya lagu dan vocal si penyanyi memainkan peranan penting. Dalam TSLON, bukan hanya vocal Tiara Jacquelina sahaja yang mampu meremangkan bulu roma anda. Abang Nara pasti korang akan kagum dengan kehebatan suara Tony Eusoff. Suara Adibah Noor tak payah cakaplah kan. Bulu kaki pun meremang dibuatnya.

2.  Kak Tijah (Adibah Noor) yang kelakar tahap gaban

Anda rasa teater muzikal hanya serius sepanjang masa? Watak Kak Tijah yang dilakonkan oleh Adibah Noor akan menjanjikan usus anda bergetar akibat ketawa tak berhenti-henti. Jangan lupa untuk menutup mulut anda ketika melopong melihat Adibah Noor terbang ketika ending TSLON. Bayangkan Adibah Noor yang comel itu terbang ala-ala Superman. Awesome gile!!!

the secret life of nora

3.  Backdrop yang boleh buat anda terkesima

Honestly, Abang Nara tabik spring dengan mereka yang mencipta backdrop teater ini. Kreatif sungguh. Lampu lip lap ada, hutan ada, lif pun ada, penari menari berterbangan pun anda. The backdrop itself worth it untuk membeli tiket teater ini.

4. Pak Nil si jahat yang buat anda ketawa sepanjang masa

Satu kekecewaan Abang Nara untuk teater The Secret Life Of Nora ini ialah masa Pak Nil beraksi agak sedikit. Korang bayangkan Pak Nil menjadi orang jahat, tetapi setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Pak Nil akan buat korang gelak. Orang jahat macam mana tue? Ada sebabnya korang akan ketawa tapi Abang Nara tak boleh cakap kat sini. Spoil la nanti kan?

the secret life of nora

5. Jalan cerita , nyanyian dan tarian yang seimbang

Salah satu cabaran untuk menghasilkan teater muzikal ialah untuk mengimbangkan jalan cerita dengan nyanyian dan tarian. Jalan cerita perlu pantas sambil diselitkan nyanyian dan tarian yang bersesuaian. Untuk teater TSLON ini, ketiga-tiga elemen ini sangat seimbang. 3 jam tak terasa berlalu. Tup-tup dah habis. Siap ada rasa tak puas nak tengok lagi.

6. Ryan Silverman yang kacak

Sakit telinga Abang Nara bila selang seminit wife Abang Nara bisik kat telinga “Eh, handsomenya Roger (Ryan Silverman) nie. Handsomenya dia.

the secret life of nora

7. Producer TSLON ialah producer P. Ramlee The Muzikal dan Puteri Gunung Ledang

Siapa lagi kalau bukan Datin Seri Tiara Jacquelina. Jujurnya, segala yang disentuh oleh Tiara Jacquelina hasilnya tak pernah menghampakan. Puteri Gunung Ledang The Muzikal pernah dijadikan tanda aras untuk teater muzikal Malaysia. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang teater The Secret Life of Nora boleh digunakan sebagai penanda aras baru.

Abang Nara nie saja buat saya terbakar nak pergi tengok teater The Secret Life of Nora nie. Ce citer sikit camner saya nak beli tiket. Dah tak sabar dah nie

Senang je nak beli tiket. Tiket semurah RM33 boleh dibeli menerusi laman web Red Tix Air Asia ataupun boleh pergi terus beli di Istana Budaya. Untuk makluman, hari weekdays show ada jam 8.30 malam sahaja. Hari Sabtu dan Ahad baru ada sesi 3 petang dan 8.30 malam.

the secret life of nora

Muka happy dan puas dapat melayan kehebatan teater The Secret Life of Nora. Anda bila lagi? More info di Facebook The Secret Life of Nora.

UPDATE:  Atas sambutan hangat, teater The Secret Life of Nora akan ada show tambahan pada 20hb Oktober (Khamis), 21hb Oktober (Jumaat) and 22hb Oktober (Sabtu). Semua show tambahan adalah pada jam 8.30 malam. Dapatkan tiket anda di sini.

Written by serenity | October 12th, 2011

Berita Pian Cecupak akan mengahwini seorang model, Aida Hazira Ahmad Razman sudah tersebar sejak beberapa hari lalu di blog-blog hiburan. Kami sengaja tak mahu melaporkan kerana tidak pasti kesahihannya. Kami cuba juga mencari info tentang Aida Hazira dan hanya menemukan profil seorang model lain yang bernama Aida Hazira tetapi dia bukan yang dikaitkan dengan Pian.

Hari ini, model sambilan yang dikatakan akan mengahwini Pian menafikan tentang itu kepada Harian Metro.

“Saya tidak pernah merancang untuk berkahwin dengan Pian Cecupak dan saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia, kononnya kami bakal berkahwin. Saya tahu Pian sengaja mengeluarkan kenyataan itu untuk mencari publisiti murahan.”

Oh, ni kes syok sendiri kah?

“Saya hanya menganggap Pian sebagai kawan. Malah dia juga saya anggap seperti abang kerana dia pernah membantu saya, tidak lebih daripada itu.”

Macam mana ada perancangan perkahwinan yang tidak diketahui ‘bakal isteri’? Berani betul kau, noks, canang berita tak betul di akhbar nasional. Menurut Metro, berita selanjutnya boleh didapati dengan membaca akhbar mereka. Beli jangan tak beli!

                                                                                                                                       ***

Bertemakan muzik & alam, saksikan keunikan Rhythms of Kinabalu yang menampilkan persembahan seni muzik yang berasaskan buluh dan logam.

Menanti anda di Taman Kinabalu, Kundasang dengan suasana yang nyaman dan dingin pada 21 & 22 Oktober 2011. Jangan lupa saksikannya! Untuk maklumat lanjut, hubungi 088 – 237052.

Written by AbangNara | October 11th, 2011

Baru-baru ini ramai yang terkejut (termasuk Abang Nara) apabila membaca pandangan Heliza Helmi tentang hudud. Dalam hati Abang Nara ini sudah terdetik, takkanlah ini betul-betul Heliza punya pandangan. Something wrong somewhere.

heliza helmi

Dan ternyata ini semua adalah salah faham yang terjadi antara Heliza Helmi dan wartawan daripada Sinar Harian. Menurut Heliza, tak pernah terlintas di hatinya untuk mempertikaikan hukum dariNya.

Tidak pernah sekali pun terlintas di fikiran saya untuk mempersoalkan hukum ALLAH SWT. ALLAH mencipta kita, maka Dia tahu apa yang terbaik. Sebagai manusia biasa, siapalah saya untuk memberi komen mengenai hukum-NYA?

Dan Abang Nara sangat kasihan dengan Heliza kerana dikecam dan dipandang lain macam akibat statement yang disalaherti itu.

Apabila mendengar perkara itu, ia sedikit mengganggu emosi saya sehingga saya tidak boleh bekerja kerana asyik memikirkan perkara ini. Saya menangis apabila terfikir apa yang sudah saya lakukan, sedangkan pada hemat saya, saya bercakap mengikut pengetahuan saya sahaja.

Jadi apa sebenarnya pandangan yang telah dilontarkan oleh Heliza? Menurut Heliza, dia telah berkata no komen.

Saya seboleh-bolehnya tidak mahu memberi komen kerana sedar ilmu dimiliki tidak seberapa, malah saya ada menyarankan agar perkara ini dirujuk kepada pakar, ulama dan orang bijak pandai untuk mereka membuat pertimbangan. Ini kerana saya bukan orang yang berhak berbicara mengenai hal ini. Bagaimanapun, berlaku silap faham. Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana saya faham pemahaman orang mungkin berbeza dengan apa yang saya sampaikan

So kepada peminat-peminat Heliza, jangan risau ye. Kenyataan Heliza sebelum ini telah disalah ertikan. So jangan marah-marah kat dia. Cian dia.

Written by AbangNara | October 11th, 2011

Nampaknya Mamat masih tidak boleh menerima cara perpisahan yang telah dilakukan oleh Fida terhadapnya. Iyerlah, mana boleh blah kalau kita tahu orang clash dengan kita menerusi suratkhabar je kan? Panas jugak hati dibuatnya.

mamat sepah

Sehubungan dengan itu, Mamat ingin Fida bersemuka dengannya. Kemungkinan besar Mamat nak dengar Fida berkata “Saya nak clash dengan awak” secara face to face:-

Terus-terang saya katakan, saya tidak tahu tentang perpisahan ini sehinggalah keluarga saya maklumkan. Sejak kisah ini menjadi paparan media cetak dan elektronik, saya sudah tidak membaca akhbar atau menonton program-program hiburan di televisyen. Saya tidak berani untuk membaca dan melihat kisah saya diperkatakan umum. Saya tidak kuat untuk menghadapi situasi ini.

Tak sangka pula Abang Nara yang Mamat tak berjiwa kental. Nampak muka macam kacak bergaya dan macho. Sampai tak sanggup baca tue. Sadis sungguh.

Jika benar Fida mengambil keputusan untuk berpisah, saya hormati keputusannya itu. Saya akui semua yang berlaku ini adalah salah saya. Saya pun telah minta maaf kepada Fida, tetapi mungkin dia tidak dapat menerima permohonan maaf itu. Apa yang berlaku adalah tidak disengajakan. Tidak mungkin saya hendak memburuk-burukkan Fida kerana saya sayangkan dia. Saya terima keputusan Fida untuk berpisah. Mungkin ini adalah hukuman terhadap kesilapan yang saya lakukan. Saya anggap semua yang berlaku ini adalah takdir

Betul juga kata Mamat tue, takkanlah dia sengaja nak burukkan orang yang paling disayanginya. Abang Nara rasa memang betul Mamat tak nampak dan tak sengaja masa tue.

Saya tahu Fida seorang yang jujur dan tidak pandai menipu. Jika dia kata mahu memutuskan perhubungan kami, saya percaya dengan kata-katanya itu. Tetapi, saya mahu Fida berjumpa dengan saya dan katakan yang dia ingin berpisah. Jangan hanya beri kenyataan kepada pihak media. Saya rasa caranya itu tidak betul. Ketika mahu bercinta, kenapa boleh bersemuka? Apabila hendak putus, mengelak daripada berjumpa pula. Saya mahu Fida putuskan hubungan ini secara baik.

Harap-harap Fida mempertimbangkanlah harapan Mamat untuk bersemuka dan clash secara baik. Kang meroyan pulak si Mamat nie. Kesian kat dia. Tapi hati-hati jangan sampai termakan ayat manis daripada Mamat.  Sumber GUA.

Page 21 of 31« First...10...1920212223...30...Last »