October 12th, 2011

Berita yang kami dapat ialah bekas penyanyi, Syura, baru saja mendapat anak ketiga yang merupakan seorang bayi lelaki. Syura kini sedang dalam fasa berpantang. Pernah dikenali sekitar awal 2000-an, Syura kelihatan seperti telah menghentikan kegiatan seni sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini adalah gambar Syura bertudung dan dengan anak-anak, tetapi kami masih belum ada gambar anak Syura yang baru lahir. Kedua-dua orang anak Syura sebelum ini perempuan. Layan gambar-gambar Syura bertudung ini dengan membaca gosip ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Facebook Syura.

Pada yang tak kenal Syura, tonton video muzik lagu Nazam Berkasih di sini:




Advertisement
October 12th, 2011

Serius cantik dan comel bila Jojie bertudung. Nampak lain sangat-sangat. Tahniah Abang Nara ucapkan kepada Jojie atas penghijrahan ini. Semoga segalanya berjalan lebih lancar dan selesa kepada Jojie.

gambar jojie bertudung

Sama-sama kita doakan agar turn Ella pulak akan tiba selepas ini. Amin

Advertisement
October 12th, 2011

Femes sebentar Bob Lokman hari ini apabila menghiasi muka depan Harian Metro. Bob Lokman telah ditahan oleh JAIS kerana mengadakan ceramah tanpa tauliah di Masjid Sungai Lui, Hulu Langat.

bob lokman
Untuk makluman, kegiatan memberi ceramah tanpa tauliah oleh Bob Lokman telah dipantau selama 2 minggu oleh JAIS. Untuk makluman, di Selangor anda perlu ada tauliah untuk memberikan ceramah agama.

Abang Nara tak pernah dengar ceramah Bob Lokman so no komen.

Advertisement
October 12th, 2011

Abang Nara bukanlah seorang peminat teater. Teater pertama yang Abang Nara tengok ialah teater Lat The Muzikal. Secara jujur Abang Nara tertidur sebentar semasa teater tersebut. Bukannya tak best, cuma jalan ceritanya agak lambat sedikit. Jadi bila wife Abang Nara ajak pergi tengok teater The Secret Life of Nora (TSLON), Abang Nara agak keberatan jugak.

the secret life of nora

Mengenangkan hasrat isteri tercinta yang sedang mengandung, Abang Nara gagahkan diri jugak untuk ke Istana Budaya Sabtu yang lepas. Sampai-sampai je Abang Nara dah mula kagum dengan outdoor setting untuk teater ini.

the secret life of nora

Menarik kan? Disebabkan show start pukul 3 dan Abang Nara sampai jam 2.50 petang, maka tak sempatlah nak bergambar banyak-banyak. So Abang Nara pun masuklah dengan harapan cepat mula cepatlah habis. Bukan apa, taknak bazirkan masa selama 3 jam dengan menonton sesuatu yang kurang digemari.

the secret life of nora

Dan ternyata Abang Nara SILAP. Silap kerana memandang rendah dan skeptical terhadap teater The Secret Life of Nora. 3 jam yang berlalu terasa sekejap sangat dan terasa tak puas. Tiara Jacquelina, Adibah Noor, Ryan Silverman, Tony Eusoff dan Pak Nil sememangnya telah menunjukkan kepada Abang Nara apa itu teater yang sebenar.

the secret life of nora

7 sebab anda harus menonton teater The Secret Life of Nora yang akan tamat pada 16 Oktober (Ahad ini):-

ini).

1. Vokal dan lagu-lagu yang mantap

Kalau dah namanya teater muzikal, semestinya lagu dan vocal si penyanyi memainkan peranan penting. Dalam TSLON, bukan hanya vocal Tiara Jacquelina sahaja yang mampu meremangkan bulu roma anda. Abang Nara pasti korang akan kagum dengan kehebatan suara Tony Eusoff. Suara Adibah Noor tak payah cakaplah kan. Bulu kaki pun meremang dibuatnya.

2.  Kak Tijah (Adibah Noor) yang kelakar tahap gaban

Anda rasa teater muzikal hanya serius sepanjang masa? Watak Kak Tijah yang dilakonkan oleh Adibah Noor akan menjanjikan usus anda bergetar akibat ketawa tak berhenti-henti. Jangan lupa untuk menutup mulut anda ketika melopong melihat Adibah Noor terbang ketika ending TSLON. Bayangkan Adibah Noor yang comel itu terbang ala-ala Superman. Awesome gile!!!

the secret life of nora

3.  Backdrop yang boleh buat anda terkesima

Honestly, Abang Nara tabik spring dengan mereka yang mencipta backdrop teater ini. Kreatif sungguh. Lampu lip lap ada, hutan ada, lif pun ada, penari menari berterbangan pun anda. The backdrop itself worth it untuk membeli tiket teater ini.

4. Pak Nil si jahat yang buat anda ketawa sepanjang masa

Satu kekecewaan Abang Nara untuk teater The Secret Life Of Nora ini ialah masa Pak Nil beraksi agak sedikit. Korang bayangkan Pak Nil menjadi orang jahat, tetapi setiap patah perkataan yang keluar daripada mulut Pak Nil akan buat korang gelak. Orang jahat macam mana tue? Ada sebabnya korang akan ketawa tapi Abang Nara tak boleh cakap kat sini. Spoil la nanti kan?

the secret life of nora

5. Jalan cerita , nyanyian dan tarian yang seimbang

Salah satu cabaran untuk menghasilkan teater muzikal ialah untuk mengimbangkan jalan cerita dengan nyanyian dan tarian. Jalan cerita perlu pantas sambil diselitkan nyanyian dan tarian yang bersesuaian. Untuk teater TSLON ini, ketiga-tiga elemen ini sangat seimbang. 3 jam tak terasa berlalu. Tup-tup dah habis. Siap ada rasa tak puas nak tengok lagi.

6. Ryan Silverman yang kacak

Sakit telinga Abang Nara bila selang seminit wife Abang Nara bisik kat telinga “Eh, handsomenya Roger (Ryan Silverman) nie. Handsomenya dia.

the secret life of nora

7. Producer TSLON ialah producer P. Ramlee The Muzikal dan Puteri Gunung Ledang

Siapa lagi kalau bukan Datin Seri Tiara Jacquelina. Jujurnya, segala yang disentuh oleh Tiara Jacquelina hasilnya tak pernah menghampakan. Puteri Gunung Ledang The Muzikal pernah dijadikan tanda aras untuk teater muzikal Malaysia. Tak salah untuk Abang Nara katakan yang teater The Secret Life of Nora boleh digunakan sebagai penanda aras baru.

Abang Nara nie saja buat saya terbakar nak pergi tengok teater The Secret Life of Nora nie. Ce citer sikit camner saya nak beli tiket. Dah tak sabar dah nie

Senang je nak beli tiket. Tiket semurah RM33 boleh dibeli menerusi laman web Red Tix Air Asia ataupun boleh pergi terus beli di Istana Budaya. Untuk makluman, hari weekdays show ada jam 8.30 malam sahaja. Hari Sabtu dan Ahad baru ada sesi 3 petang dan 8.30 malam.

the secret life of nora

Muka happy dan puas dapat melayan kehebatan teater The Secret Life of Nora. Anda bila lagi? More info di Facebook The Secret Life of Nora.

UPDATE:  Atas sambutan hangat, teater The Secret Life of Nora akan ada show tambahan pada 20hb Oktober (Khamis), 21hb Oktober (Jumaat) and 22hb Oktober (Sabtu). Semua show tambahan adalah pada jam 8.30 malam. Dapatkan tiket anda di sini.

Advertisement