Seperti yang kita semua tahu, tahun 2011 hampir melabuhkan tirainya dalam masa lebih kurang dua minggu lagi. Tapi seperti tahun sebelumnya, tahun ini tidak kurang dengan kontroversi. Kami telah melihat statistik isu untuk tahun ini, berdasarkan entri yang mempunyai hits dan komen yang terbanyak, serta isu-isu lanjutan yang timbul berkenaan kisah tersebut. Ini ialah senarai top 10 isu pada tahun ini yang telah kami kumpulkan, dengan tidak mengikut urutan:-
- Khairul Fahmi Che Mat – Elia – Dalia Teck
- Penjaga gol pasukan bola sepak kebangsaan ini telah melangsungkan pertunangan dengan penulis Blog, Armie Harmelia atau Elia pada bulan Mei. Pada penghujung minggu bulan Julai khabar yang hubungan mereka telah renggang mula hangat diperkatakan, dan awal Ogos, Khairul Fahmi Che Mat atau Apek mengumumkan pertunangannya dengan  Elia telah putus atas sebab-sebab yang tidak mahu diberitahu olehnya. Kisah ini terus menjadi hangat apabila pihak tertentu menyebarkan gambar-gambar mesra Khairul Fahmi dengan dua orang gadis iaitu Nur Dalia Bijuri dan Shida Harmi, dan seorang penulis blog bernama Ahkak Puaka pula menceritakan sebab sebenar Khairul Fahmi memutuskan pertunangan, dan sebab-sebab ini disahkan oleh Khairul Fahmi melalui Nur Dalia yang turut diakui sebagai kekasihnya pada bulan September. Apa pun, sama ada anda suka dia atau tidak, Apek sememangnya pemain bola sepak yang cemerlang.
- Perkahwinan Norman Hakim – Memey Suhaiza dan Majlis Promosi Rafflesia
- Ramai yang tidak sukakan pasangan ini kerana kisah tangkapan khalwat mereka yang menyebabkan perceraian Norman dengan isteri pertama, pelakon dan penyanyi Abby Abadi sekitar tahun 2008. Mereka telah mendapat ‘tajaan’ majlis resepsi yang diberitahu bernilai RM 12 juta tahun ini, tetapi majlis ini telah dikritik oleh chef selebriti, Chef Wan yang merupakan tetamu majlis dan orang ramai kerana ‘indah khabar dari rupa’ dan majlis itu pula banyak menampilkan ciri-ciri yang tidak bersesuaian dengan tuntutan agama Islam dan adat budaya tempatan.
- Kakak kepada Norman Hakim juga telah mengkritik orang ramai yang dikatakan ‘dengki’ dan ‘cemburu’ pada adiknya di MyNewsHub, dan orang ramai juga membalas kritikan tersebut dan penggunaan bahasa Inggeris wanita itu. Memang hangat!
- Kisah Perkahwinan Syella Kamaruddin dengan lelaki yang tidak mahu dinamakan
- Syella Kamaruddin mendakwa majlis perkahwinannya bernilai RM 15 juta tanpa tajaan dan mendapat hantaran kereta Audi R8, tetapi Tan Sri Musa Hassan telah difitnah pula sebagai suaminya kerana ada sedikit iras wajah dengan lelaki yang dikatakan suami Syella. Tan Sri Musa bagaimanapun telah tampil dengan penegasan yang dia sedang mempertimbangkan untuk mengambil tindakan undang-undang pada penulis blog yang  memfitnah itu.
- Wakil penjual sah kereta Audi di Malaysia pula menafikan terdapat jualan terbaru kereta Audi R8 dan mempersoalkan keraguan pada kenyataan Syella yang kereta Audi miliknya masih belum sampai.
- Syella akhirnya meminta agar dia tidak diganggu lagi kerana sudah terlibat dalam industri.
- Kisah Konflik Jimmy Shanley dan Isteri
- Jimmy Shanley pada mulanya tampil kepada media dengan kenyataan demi kenyataan tentang perkahwinannya, dan akhirnya isterinya pula tampil membuat kenyataan tentang Jimmy yang dikatakan memukulnya dan dia hendak menuntut fasakh. Jimmy mendapat kritikan kerana menceritakan kisahnya pada media dan status terbaru kes mereka akan dibawa ke mahkamah syariah .
- Isu Muat Naik Gambar Fida Nampak Rambut Oleh Mamat Sepah
- Pasangan ini mula bercinta selepas Mamat memutuskan percintaan dengan Adda Butterfly. Bagaimanapun, gambar Fida menampakkan rambut sewaktu bercuti di Singapura dengan kawan-kawan telah dimuat naik oleh Mamat ke Facebook, khabarnya tidak sengaja muat naik dan tidak sengaja tangkap gambar kerana tidak memakai cermin mata. Fida menyalahkan Mamat 100 % atas kejadian tersebut dan memutuskan hubungan dengan Mamat .
- Pakaian Seksi Fasha Sandha di majlis pelancaran Majalah Lisa, pakaian seksi Miera Liyana di majlis Rafflesia dan Zarina Anjoulie di FHM Indonesia
- Isu ini memang ada saja saban tahun. Ada saja selebriti perempuan yang tampil dengan pakaian menjolok mata dan dalam sekelip mata saja dikenali. Fasha Sandha tampil ‘bareback’ di majlis pelancaran sebuah majalah, Miera Liyana menampakkan side-boobs di majlis promosi Rafflesia dan muncul seksi di majalah-majalah manakala Zarina Anjoulie pula muncul dengan pakaian hampir separuh bogel di FHM Indonesia. Kami sekalikan saja isu-isu ini kerana pada dasarnya, ia isu-isu yang sama.
- Isu Gambar Nanu Baharuddin Dengan Anjing Comel
- Nanu Baharuddin telah bergambar dengan anjing comel peliharaannya dan mengundang kritikan pelbagai pihak. , Walau bagaimanapun. tuan punya diri senyap sahaja.
- Isu Klip Video Prema Yin “Marilah!†arahan Gambit Saifullah
- Gambit Saifullah selaku pengarah klip video muzik, Prema Yin selaku pelakon dan penyanyi serta Shahz Jaszle sebagai pelakon lelaki telah mendapat kritikan kerana klip video yang menampilkan tarian ghairah dan pakaian seksi. Isu dihangatkan lagi apabila Gambit menggelar penulis blog sebagai anjing. Kenyataan-kenyataan Gambit mungkin telah menyebabkan kutipan rendah untuk filem Karipap-karipap Cinta lakonannya, walaupun ia menerima reaksi yang baik dari pengkritik-pengkritik filem dan merupakan filem pertama arahan Othman Hafsham setelah 20 tahun tidak mengarah.
- Isu Abby Abadi Dengan Wartawan Bernama Amira
- Isu ini hangat dikomen dan Abby Abadi sendiri telah tampil di ruangan komen blog ini untuk menerangkan sebab dia membela dirinya. Ramai yang simpati dengan Abby tetapi ada juga yang mengkritiknya kerana sering bercerita hal peribadi di Facebook dan blog. Apa pun, Abby Abadi telah moved on. Dia muncul di Karnival Jom Heboh minggu lepas dan kelihatan ceria.
- Konflik Izreen Azminda dengan Johan As’ari
- Mula-mula Izreen menceritakan yang dia makan hati dangan sikap Johan As’ari sejak berlakon dalam drama Cinta Elysa. Johan mendakwa mereka kawan rapat sahaja dan Izreen tidak ada sebab untuk ‘makan hati’. Isu menjadi semakin hangat apabila Izreen mengeluarkan bukti yang mereka pernah bercinta dan Johan berkata akan melangsungkan pertunangan dengannya. Johan tetap mendakwa mereka hanya kawan dan dia tidak ingat tentang apa yang diperkatakan oleh Izreen. Kalau tonton program Galaksi TV9 tentang isu ini, lebih hangat lagi bila masing-masing berbalas kenyataan secara berdepan (walaupun Izreen mengelak untuk memandang muka Johan). Kini masing-masing membawa haluan sendiri.
Akhir sekali, walaupun sudah bertahun senario yang sama, industri hiburan memang tidak sunyi dari dihambat kontroversi. Pada pendapat anda, apakah isu yang paling hangat tahun ini? Sila undi:-