Written by AbangNara | November 8th, 2010

diana danielle cintai farid kamil

Apabila melihat muka depan Pancaindera semalam, terus hati kami hancur, luluh dan remuk. Diana Danielle akhirnya membuat pengakuan yang sememangnya dia sedang mencintai Farid Kamil. Kecewa diri ku ini. Tapi apa pun kami respek dan tabik kepada Diana Danielle yang selamba aje membuat pengakuan sebegini. Kalau artis lain confirm berdolak dalik lagi. Kononnya taknak populariti menurun.

Ada 3 sebab Diana Danielle memilih Farid Kamil. Sila jadikan ini sebagai rujukan untuk mengorat Diana Danielle sekiranya dia clash dengan Farid Kamil nanti:-

1. Farid Kamil seorang yang bijak
2. Farid Kamil seorang yang sempoi.
3. Farid Kamil seorang yang kuat bekerja dan berdedikasi.

Kami percaya yang sebab ketiga itu adalah sebab paling utama Diana Danielle jatuh cinta dengan Farid Kamil. Bukan apa, ramai kawan perempuan kami yang kata lelaki akan nampak lebih seksi apabila tekun bekerja. Nampak lebih macho dan lebih jantan bila fokus 100% terhadap sesuatu. Kira macam boleh diharap la. Tak gitu?

Apa pun izinkan kami untuk melayan gambar-gambar Diana Danielle dan mengira kepingan hati kami yang hancur berderai selepas mendengar pengakuan ikhlas dari DD ini. Kalau korang nak join layan gambar Diana Danielle, sila baca entri ini sepenuhnya. Dan jangan lupa jadi Fans Diana Danielle di Facebook.

P.S: Inilah yang baru dinamakan cinta sejati.

 
Written by AbangNara | November 8th, 2010

ffm23

Sebenarnya kami taknak tulis mengenai kemelut Festival Filem Malaysia yang ke 23 baru-baru ini. Rasanya semua orang pun tahu siapa yang jadi pemenangnya. Namun sehingga hari ini, kira-kira hampir sebulan keputusan diumumkan, masih ramai lagi yang tak berpuas hati dan kecewa dengan senarai pemenang.

Yang paling jelas bengang sudah tentu Ahmad Idham, Mamat Khalid dan Farid Kamil yang masing-masing meluahkan rasa tidak puas hati dengan pemenang bagi Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik. Di mata kami, kami nampak Mamat Khalid tersangatlah kecewa dengan kekalahan filem Estet di tangan filem Magika dalam kategori Filem Terbaik. Mungkin agaknya Mamat Khalid terover confidence dengan filemnya.

Kami tak tengok lagi filem Estet so kami tak berani nak komen apa-apa. Kami dah tengok filem Magika dan rasanya filem Magika sememangnya lain daripada yang lain. Ada unsur-unsur sejarah, ada unsur-unsur muzikal dan paling penting kami tak rasa membazir mengeluarkan duit menonton filem Magika. Antara filem Melayu yang not bad dari pandangan kami.

Pandangan kami, adat bertanding sudah tentulah ada menang dan ada kalah. Janganlah bila kita kalah, kita nak menyalahkan orang lain pulak. Mungkin ada sesuatu dalam filem kita, arahan kita, susunan muzik kita ataupun mutu lakonan yang menyebabkan pihak juri tidak memilih kita sebagai pemenang.

Kalau setiap kemenangan dipertikaikan, itu menunjukkan kurangnya sikap professional kita. Kita pun tahu juri bukannya orang yang sempurna. Mereka pun ada preference mereka yang sendiri. Rasanya kalau nak menang sangat, apa kata kita sendiri buat festival filem sendiri dan kita sendiri yang jadi juri. Confirm semua anugerah pun kita akan bolot.

Apa pun sebenarnya kami suka dan terharu dengan keprihatinan mereka-mereka yang menunjukkan rasa tidak puas hati dengan keputusan pengadil FFM23. Bukan apa, sekurang-kurangnya nampak masih ada yang sayang dan prihatin tentang industri filem tempatan. Sekurang-kurangnya bila selalu keluar suratkhabar pasal isu ini, masyarakat kita akan terasa nak pergi tengok filem tersebut untuk membuat penilaian sendiri.

Apa pun, kita tunggu FFM24 tahun depan. Mungkin ada berita baik untuk mereka yang kalah tahu ini. Siapa yang tahu kan?

P.S: Ini hanya pandangan peribadi saya sebagai seorang yang mendapat info daripada suratkhabar sahaja. Kalau ada salah silap harap maafkan. Hidup filem Malaysia ~~~

P.P.S: Kesian kat kambing seekor ini.

Written by AbangNara | November 8th, 2010

gelang ac mizal penipu

[note]Perhatian: Entri ini sekadar untuk informasi anda semua. Kami tak dapat sahihkan kebenarannya info yang diambil daripada blog Aidid Muadib. Tepuk dada tanya selera. Baca dulu dan buatlah keputusan anda sendiri. Sekadar untuk maklumat.[/note]

AC Mizal. Siapa yang tak kenal dengan AC Mizal sila angkat tangan. Bakal bergelar Datuk AC Mizal tidak lama lagi, nampaknya perniagaan gelang AC Mizal semakin lama semakin laris. Makin ramai yang masuk dan dengar ceritanya makin ramai yang kaya dengan perniagaan MLM AC Mizal ini. Yang pastinya sudah tentu AC Mizal yang terpaling kaya. Siap dah boleh pakai kereta Bentley lagi.

Namun persoalannya, betul ke tak betul perniagaan gelang AC Mizal ini? Atau sebenarnya ianya satu MLM yang dibuat untuk menghancurkan orang Melayu kita sendiri (sebabnya orang Melayu je yang ramai masuk MLM si AC ini). Kini anda tak perlu rungsing lagi kerana segala persoalan itu telah dibongkarkan oleh saudara Aidid Muaddib. Ini sedikit fakta atau auta yang kami ambil dari blog Aidid Muaddib.

Fakta atau Auta 1: Gelang AC Mizal yang dijual dengan harga RM1,000 adalah produk yang sama gelang Hottime Jewellery berharga USD25 (RM100). (sila tengok gambar)

gelang ac mizal

Fakta atau Auta 2: Penipuan testimonial dengan meng”copy-paste” dari website-website mat salleh yang lain dan diletakkan ke Facebook Page Gelang AC Mizal (tengok tempat yang berwarna merah)

gelang ac mizal

gelang ac mizal

Banyak lagi testimonial-testimonial yang dicopy paste dari website-website mat salleh lain yang kemudiannya digunakan oleh pihak AC Mizal untuk menunjukkan keberkesanan produknya. Kami tak kisah sangat bab testimonial tue tapi kami kisah bab harga yang ditapau oleh AC Mizal. Kalau betullah harga kos gelang tersebut ialah USD25 dan dijual dengan RM1,000. Korang bayangkan berapa peratus punya keuntungan diambil? Itu yang boleh bagi untung jual sampai RM500 tue.

gelang ac mizal

Tepuk dada tanya selera. Dari info yang kami baca, sememangnya kami terasa ada sesuatu yang sedang berlaku di Konsortium AC Mizal ini. Kami bukannya nak menjatuhkan AC Mizal. Cuma ini sebagai satu peringatan dan langkah berjaga-jaga kepada mereka yang tergila-gilakan MLM. Check dulu before masuk mana-mana MLM.

Kesemua info ini diambil daripada blog Aidid Muaddib. So kami tak dapat nak buktikan kebenarannya. Nak tau lagi lanjut pasal gelang AC MIzal  boleh baca blog dia.

P.S: Akibat terlalu gemuk dan terlalu teruja nak main gelongsor air.

Written by AbangNara | November 8th, 2010

rita rudaini aidil

Sesungguhnya kami dah semakin pening dengan si Rita dan si Aidil nie. Sekejap kata dah berbaik. Lepas tue tup-tup bergaduh pulak. Pastue Aidil kata dia pergi mahkamah untuk tangguhkan tuntutan sulh yang dibuat. Tup-tup hari ini cerita sebenar dah terbongkar. Rupa-rupanya ada 10 tuntutan yang dibuat oleh Aidil. Antaranya:-

1. Menuntut hak penjagaan anak secara kekal (hadhanah)
2. Menuntut perintah isteri taat (nusyuz) terhadap Rita
3. Menuntut Rita menghadiri majlis sulh, 16 Disember di Mahkamah Tinggi Syariah Seremban

Ingatkan dah berbaik sebenar-benarnya baik. Rupa-rupanya indah khabar dari rupa. Rita Rudaini pun terkejut dan berpendapat yang Aidil tidak lagi menyayanginya kerana sanggup membuat tuntutan seperti itu. Kata Rita:-

[note]Saya kena kuatkan semangat dan bersedia untuk dibicarakan di mahkamah selepas suami sanggup membuat tuntutan itu [/note]

Dari perkembangan terbaru ini, nampak gayanya peratusan rumah tangga Rita Rudaini dan Aidil untuk diselamatkan sudah hampir tiada lagi. Tapi sama-samalah kita doakan agar mereka terbuka hati untuk berbincang secara elok-elok. Pesanan kami, sila ingatkan anak sulung dan anak dalam kandungan anda. Buat anak pandai so kenalah pandai bagi kasih sayang yang secukupnya untuk mereka. Kalau bercerai rasa-rasanya boleh ke cukup kasih sayang?

P.S: Apa motif ambik gambar macam nie?