Terdahulu, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan atau saf dirapatkan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.
Selepas 2 tahun menjaga jarak saf solat, akhirnya jemaah di Masjid dapat merapatkan saf solat bermula hari ini iaitu 1 April.
Susulan itu, rata-rata jemaah masjid telah berkongsi di media sosial rasa teruja dan sebak mereka ketika dapat merapatkan semula saf solat di masjid.
Menerusi satu hantaran di laman Facebook oleh seorang pengguna dikenali sebagai Hana HumaiSarah, dia telah berkongsi keadaan solat Subuh di masjid yang mula merapatkan saf pada hari ini.
Alhamdulillah, semoga kita semua dapat menghargai, menghayati dan rebut nikmat-nikmat ini sementara Tuhan pinjamkan kepada kita.
Namun, menerusi satu lagi hantaran oleh seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Kamaruzaman Omar, masih ada jemaah yang akui masih kekok dengan perubahan baru itu kerana sudah terbiasa dengan norma baharu yang menjaga penjarakan sosial sebelum ini.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.