“Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Di Wilayah Persekutuan Bermula 1 April” – JAWI

Berita

“Solat Berjemaah Tanpa Penjarakan Di Wilayah Persekutuan Bermula 1 April” – JAWI

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah membenarkan solat berjemaah tanpa penjarakan atau saf dirapatkan di masjid dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Pengarah JAWI, Datuk Mohd. Ajib Ismail berkata pihaknya juga menetapkan supaya jemaah digalakkan membawa dan menggunakan sejadah sendiri apabila solat berjemaah di masjid bermula 1 April ini.

Advertisement

Menurut laporan Kosmo, kehadiran ke masjid dan surau pula dibenarkan tanpa had umur dan mereka yang telah menerima suntikan vaksinasi Covid-19.

solat

Masjid dan surau dibenarkan untuk melaksanakan solat sunat tarawih 20 rakaat pada bulan Ramadan.

Malah, qiamullai, majlis berbuka puasa, moreh dan sahur juga dibenarkan untuk diadakan di masjid dan surau, namun makanan digalakkan untuk disediakan secara berbungkus.

Kami juga membenarkan aktiviti tadarus al-Quran di masjid dan surau dalam bentuk kumpulan kecil.

solat

Dalam pada itu, Mohd. Ajib memaklumkan bahawa ketetapan terkini solat berjemaah itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

ikea
2 years ago

"Sampai Terlepas Waktu Solat" - Lelaki Ini Dakwa Gedung Perabot Terkenal Hadkan SOP Surau 4 Orang Sahaja?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...