2 Tahun Rahsiakan Perkahwinan, Tajul Ariff Dedah Sebab Utama

Hiburan

2 Tahun Rahsiakan Perkahwinan, Tajul Ariff Dedah Sebab Utama

Penyanyi, Tajul mendedahkan sebab utama kenapa dia merahsiakan pernikahan dengan Nurul Shameiza Eddie, 25, selama dua tahun sebelum ini.

Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Saari berkata, dia yang melangsungkan pernikahan pada 10 Disember 2017 terpaksa merahsiakan perkara itu bagi menghormati pemergian bapa mentuanya ketika itu.

Advertisement

Menurut Tajul, 23, dia tidak menyangka sampai dua tahun dapat merahsiakan perkara tersebut.

Ramai tanya saya kenapa sorokkan masa nikah. Ini kerana arwah bapa mentua baru meninggal dunia ketika itu.

Jadi, penyanyi lagu Tragedi Cinta itu memutuskan untuk diamkan saja perkara itu demi menghormati pemergiannya.

Dalam pada itu, Tajul tidak menafikan jadual kerjayanya yang padat juga menjadi faktor utama dia belum terbuka berkongsi mengenai isterinya.

Waktu itu saya sibuk bekerja. Out station sana sini. Saya bersyukur isteri memahami kerjaya saya. Dia tak pernah cakap apa-apa, saya pun tak ada niat lain selain itu.

Advertisement

Tajul turut mengakui terlalu banyak perkara yang dipelajari selama lima tahun berumah tangga dan berazam untuk terus memperbaiki diri dan menjadi ketua keluarga yang baik.

Tajul Arif
3 bulan lalu

Tajul Ariff Kongsi Sebab Berjaga-Jaga Terima Hadiah, Makanan Daripada Peminat

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...