Tajul Ariff Kongsi Sebab Berjaga-Jaga Terima Hadiah, Makanan Daripada Peminat

Hiburan

Tajul Ariff Kongsi Sebab Berjaga-Jaga Terima Hadiah, Makanan Daripada Peminat

Penyanyi Tajul Ariff mengambil langkah berwaspada apabila ditawarkan sebarang hadiah atau pemberian makanan daripada peminat selepas melihat penderitaan yang dilalui abang kandung sendiri yang berbulan-bulan terlantar akibat serangan penyakit misteri.

Tajul
3 years ago

Sebak Nyanyikan Lagu Arwah Abang, Tajul Minta Jangan Banding Vokal Dia Dengan Achik

Advertisement

Tajul atau nama lengkapnya Tajul Ariff Noor bin Md. Shari berkata dia bukan bersikap biadap mahu pun buruk sangka, sebaliknya dia yakin hanya orang yang pernah melalui situasi sama memahami punca pendekatan yang diambil ketika ini.

Penyanyi lagu Sedalam Dalam Rindu itu sentiasa berhati-hati baik dalam perbualan dan perlakuan, tambah-tambah apabila diajukan makanan dan hadiah. Tambahnya lagi, kalau enggan pihak pemberi yang ikhlas berkecil hati, dia akan ambil dahulu pemberian mereka sebagai tanda terima kasih.

Tetapi tidaklah sampai kita berburuk sangka dengan semua orang. Jangan pula tunjuk muka kurang senang atau tolak mentah-mentah, itu perbuatan biadap.

Pada awal April lalu abang Tajul yang juga penyanyi Khalis Spin, terlantar hanya selepas empat hari diserang penyakit sehingga seluruh tubuh badannya lemah, tidak boleh berjalan mahupun bercakap.

Khalis Spin

Sebelum ini Khalis atau nama sebenar Mohd Khalis Md Shari memang mempunyai masalah kencing manis, namun masih terkawal. Keadaan penyanyi lagu Semakin Rindu itu menjadi perhatian apabila videonya didukung ke dalam kenderaan untuk dibawa ke hospital menampakkan dirinya yang cengkung dan kurus kering.

Tajul, 23, meluahkan rasa syukur di atas tahap kesihatan Khalis yang semakin menunjukkan perubahan positif berbanding beberapa bulan lalu. Tajul juga berharap dia bersama seluruh ahli keluarganya terus dijauhkan daripada perkara yang tidak diingini.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...