Penyanyi, Tajul mendedahkan sebab utama kenapa dia merahsiakan pernikahan dengan Nurul Shameiza Eddie, 25, selama dua tahun sebelum ini.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Saari berkata, dia yang melangsungkan pernikahan pada 10 Disember 2017 terpaksa merahsiakan perkara itu bagi menghormati pemergian bapa mentuanya ketika itu.
Menurut Tajul, 23, dia tidak menyangka sampai dua tahun dapat merahsiakan perkara tersebut.
Ramai tanya saya kenapa sorokkan masa nikah. Ini kerana arwah bapa mentua baru meninggal dunia ketika itu.
Jadi, penyanyi lagu Tragedi Cinta itu memutuskan untuk diamkan saja perkara itu demi menghormati pemergiannya.
Dalam pada itu, Tajul tidak menafikan jadual kerjayanya yang padat juga menjadi faktor utama dia belum terbuka berkongsi mengenai isterinya.
Waktu itu saya sibuk bekerja. Out station sana sini. Saya bersyukur isteri memahami kerjaya saya. Dia tak pernah cakap apa-apa, saya pun tak ada niat lain selain itu.
Tajul turut mengakui terlalu banyak perkara yang dipelajari selama lima tahun berumah tangga dan berazam untuk terus memperbaiki diri dan menjadi ketua keluarga yang baik.