Sedia maklum, pelakon Hisyam Hamid mengesahkan dirinya sudah pun berpisah dengan bekas isteri, Rosmawati Hanafi atas sebab-sebab tertentu yang enggan didedahkan oleh aktor tersebut.
Biarpun sudah berpisah, Hisyam masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri serta sering dilihat meluangkan masa bersama anak-anaknya biarpun sibuk menjalani penggambaran drama.
Tak pernah lupa luangkan masa dengan anak-anak
Melalui platform Threads, nama aktor tersebut telah meraih perhatian selepas seorang individu memuji sikap Hisyam yang sangat tenang dan tidak mengundang kontroversi ‘pelik-pelik’ walaupun sudah bergelar duda.
Lebih membuatkan pelakon tersebut dipuji susulan sering meluangkan masa serta kelihatan akrab dengan anak-anak.
Duda paling ‘classy’ dan bermaruah
Meninjau di ruangan komen hantaran tersebut, rata-rata netizen bersetuju dengan pendapat wanita tersebut dan merasakan Hisyam mempunyai ‘class’ tersendiri, di mana dia tidak akan membuat ‘cheap marketing’ hanya untuk mendapatkan perhatian ramai.