2 Aktivis #JusticeForBella Saman Individu Sebar Fitnah Bernama Hayati Hassan

Berita

2 Aktivis #JusticeForBella Saman Individu Sebar Fitnah Bernama Hayati Hassan

Baru-baru ini, dua aktivis gerakan #JusticeForBella telah memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap seorang individu yang menyebarkan fitnah di platform Facebook.

Aktivis yang memperjuangkan nasib remaja Sindrom Down dikenali Bella iaitu Mona Din dan Zurianty Sudin mendakwa bahawa pada 23 Mei lalu seorang individu di Facebook bernama Nurul Hayati Hassan telah membuat satu kenyataan fitnah mengenai diri mereka.

Advertisement

Difahamkan, fitnah tersebut menuduh Zurianty mengambil video Bella sebulan selepas kena air panas dan Mona Din mengajar Zurianty untuk berbohong agar kes menjadi viral.

justiceforbella

Bahkan kenyataan fitnah itu menyatakan ada bukti Zurianty mengugut saksi lain untuk membuat cerita terhadap Bainun dan jika tidak mengikut apa yang disuruh, mereka akan ditangkap polis kerana Bainun akan berkata mereka yang dera adik Bella.

Menurut Mona, tindakannya memfailkan saman susulan perbincangan yang sudah dilakukan dengan peguam ASKCO berkenaan perundangan yang berkaitan.

siti bainun

Kami tetap memfailkan saman kerana jika tindakan tidak diambil, ia melambangkan seolah-olah perjuangan untuk golongan rentan seperti kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) boleh dikesampingkan demi sokongan tidak berasas kepada seseorang individu yang sudah disabitkan bersalah.

Sekadar info, pada 3 Mei lalu, Siti Bainun telah dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun selepas didapati bersalah mengabai serta mendera remaja Sindorm Down, adik Bella.

12 months ago

Akhirnya! Mahkamah Putuskan Siti Bainun Bersalah Abai & Aniaya Adik Bella

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...