(18 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally

Hiburan

(18 FOTO) Sekitar Majlis Akad Nikah Nazim Othman Dan Bella Dally

Akhirnya pasangan kegemaran ramai, Nazim Othman dan Bella Dally telah berkahwin pada hari Sabtu lepas di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.

Alhamdullillah, majlis yang bertemakan serba putih itu berjalan dengan lancar dan dihadiri oleh ahli keluarga serta rakan karib kedua-dua mempelai.

Advertisement

Nazim dan Bella kelihatan cukup kacak dan cantik sekali pada majlis tersebut dan jelas terpancar sinar kebahagiaan dan cinta di wajah mereka.

Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 dan wang hantaran berjumlah RM16,000.

Khas buat peminat Nazim Othman dan Bella Dally berikut kami sertakan beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah mereka berdua dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : The Wedding Duo

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...