September 10th, 2016

Tahniah kami ucapkan kepada pasangan sama cantik sama padan, Nazim Othman dan Bella Dally yang telah sah bergelar suami isteri, pada jam 9.53 pagi tadi hanya dengan sekali lafaz,  dalam satu majlis akad nikah yang diadakan di Hotel Promanade, Kota Kinabalu, Sabah.

Pasangan raja sehari itu kelihatan cukup kacak dan cantik mengenakan busana pernikahan serba putih hasil rekaan Rizman Ruzaini.

Majlis berkenaan berlangsung secara sederhana sahaja dan hanya dihadiri ahli keluarga, rakan terdekat dan wakil media.

Pihak lelaki menyerahkan tujuh dulang hantaran berbalas sembilan daripada pihak perempuan. Antara barang hantaran yang disertakan iailah cincin pernikahan, Al-Quran serta sejadah dan set mandian.

Bella turut menerima mas kahwin sebanyak RM300 tetapi pasangan ini nampaknya ingin merahsikan jumlah hantaran perkahwinan.

Majlis resepsi pihak perempuan akan berlangsung pada tengah hari ini manakala majlis resepsi sebelah pengantin lelaki pula akan diadakan pada Sabtu depan di Hotel Berjaya Waterfront, Johor Bahru.

Alhamdullilah, akhirnya Nazim Othman dan Bella Dally sudah bergelar suami isteri selepas beberapa tahun bercinta. Kami mendoakan pasangan ini akan kekal bahagia sehingga anak cucu. Amin..

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...