14 Individu Ditahan Polis Dalam Satu Parti Persendirian

Trending

14 Individu Ditahan Polis Dalam Satu Parti Persendirian

Menurut sumber daripada Harian Metro, sekumpulan 14 individu yang asyik berparti di sebuah banglo di Taman Perling, Johor Bahru tidak menyangka aktiviti mereka dihidu polis pada pukul 2.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, 14 individu yang terbabit termasuk tujuh wanita dan tujuh lelaki warga tempatan berusia antara 20 hingga 41 tahun.

Advertisement

3 bulan lalu

Polis Bongkar Makmal Proses Dadah, Tujuh Lelaki Ditahan

Ketika pasukan polis memasuki banglo tersebut, didapati sekumpulan individu berkenaan memasang muzik dengan kuat dan sedang berhibur di ruang tamu.

Beliau menambah lagi, pihaknya menemukan hidangan minuman keras selain beberapa jenis dadah termasuk ganja, ketamin dan ekstasi di rumah berkenaan ketika serbuan dilakukan.

“Siasatan mendapati rumah banglo itu disewa khas dengan bayaran RM2,000 sehari oleh seorang lelaki yang bertindak sebagai penganjur parti persendirian itu,” kata Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid

Hasil ujian air kencing mendapati lima lelaki termasuk penganjur parti persendirian tersebut yang berusia 41 tahun positif dadah jenis methamphetamine.

Asisten Komisioner Rupiah Abd Wahid berkata, parti persendirian berkenaan didapati berlangsung sejak pukul10 malam dan polis telah merampas semua perkakasan muzik elektronik digunakan untuk hiburan.

Tambah beliau lagi, kompaun RM2,000 dikenakan terhadap penganjur majlis manakala pengunjung dikenakan kompaun RM1,500 setiap seorang kerana ingkar prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Mahkamah Majistret Johor Bahru membenarkan penahanan reman kepada 14 individu tersebut selama empat hari bagi membantu siasatan.

14 individu ditahan polis dalam satu parti persendirian

Gambar Hiasan – Sumber Google

Menurut Rupiah Abd Wahid, Kes disiasat mengikut Seksyen 6(2) Enakmen Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan yang jika disabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau penjara setahun atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan dadah, kes disiasat mengikut Seksyen 39(A)(1) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta tidak kurang tiga sebatan dan tidak melebihi sembilan sebatan.

Kes turut disiasat mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan jika disabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya sekali manakala kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) memperuntukkan denda sehingga RM5,000 atau hukuman penjara sehingga dua tahun sekiranya disabit kesalahan.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...