Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

(14 GAMBAR)Sekitar Penggambaran Drama ‘Bicara Hati’

Kami tidak menyangka juga entri kami berkenaan pemilihan hero dan heroin Bicara Hati iaitu Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne @ Kris Chempaka mendapat sambutan. Kami mendapat pebagai reaksi, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak berkenan dengan pemilihan mereka untuk membawa watak Tengku Shahran dan juga Zahlia, tetapi kami yakin Osman Ali selaku pengarah pastinya telah membuat pilihan terbaik.

Advertisement

Kami diberitahu yang drama ini akan ditayangkan di Astro sekitar bulan depan jadi sesiapa yang beritahu kami tak ada Astro tu, mungkin korang kena dapatkan Astro untuk menonton. Dari gambar-gambar dari Facebook Osman Ali ini, kami nampak seolah-olah sesuai mereka membawakan watak-watak tersebut. Apatah lagi kedua Sharnaaz dan Cristina adalah pelakon yang berbakat. Sharnaaz mula dikenali dengan lakonannya dalam drama Ungunya Cinta dan Kasih Alia. Cristina juga pernah muncul dengan Redza Minhat dalam iklan promosi Diva Universal Aidilfitri lepas. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Osman Ali yang juga telah selamat melangsungkan pertunangannya minggu lepas.

Layankan 13 keping lagi gambar dari penggambaran Bicara Hati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.











PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

77 Comments

  1. baby

    February 12, 2012 at 12:46 am

    i cuka la sharnaaz blakon dlam drama ni..ssuai la watak dia..romantik laa…

  2. Maya Adila

    February 2, 2012 at 11:46 am

    memang sesuai Sharnaaz bawa watak Tengku Shahran …sesuai sgt2 …pelapis yang hebat..suka tgk dia berlakon mmg real cam Tengku Shahran..b4 ni baca novel x dpt bayangkan muka Tengku Shahran skrg ni bila baca balik novel bicara hati ..wow lagi best jadi novel ni bila byangkan tengku Shahran tu sharnaaz dan zahlia Chris Cempaka.

    Chris cempaka so sweeeettttt..like uuuuu…

  3. Milah Lambung

    February 2, 2012 at 11:40 am

    Suka….suka sharnaaz ngan Chris….

  4. salPutajaya

    February 1, 2012 at 9:38 am

    Watak Zahlia n Tgku Syaran memang sesuai utk mereka berdua….Kcantikan Cempaka memang asli…

  5. awekelantan

    January 19, 2012 at 4:26 pm

    rasa sesuai shanaaz tu jadi hero sebab kalau bace betul2 novel bicara hati tu tengku Shahran tu berkening lebat, romantik, kuat cemburu & agak panas baran..memang kena ngan shanaaz tu..heroin tu plak memang mempunyai kecantikan yang asli..secocok…like..

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama