(GAMBAR)Sharnaaz Ahmad Dan Kris Chempaka Hero Dan Heroin ‘Bicara Hati’

Hiburan

(GAMBAR)Sharnaaz Ahmad Dan Kris Chempaka Hero Dan Heroin ‘Bicara Hati’

Sharnaaz Ahmad, pelakon baru berbakat yang sedang meningkat naik diberitakan akan menjadi hero untuk sebuah drama terbaru arahan pengarah terkenal Osman Ali. Drama tersebut diadaptasikan dari novel tulisan Damya Hanna yang berjudul ‘Bicara Hati’. Turut digandingkan dengan Sharnaaz juga ialah pelakon Kris Chempaka yang turut membintangi filem KIL.

Penulis skripnya pula seorang penulis skrip terbaik dari Indonesia, Jujur Prananto yang menulis skrip filem Ada Apa Dengan Cinta dan banyak lagi. Dengan gandingan ini, kami mengharapkan yang terbaik untuk drama ini kerana kedua-dua Sharnaaz dan Kris adalah pelakon berbakat, apatah lagi Osman Ali yang terkenal dengan filem seperti Anak Halal dan skrip filem Ada Apa Dengan Cinta yang pernah memberi impak sewaktu ditayangkan sekitar awal 2000-an. Yang perlu bagi drama ini sekarang, mungkin ialah runut bunyi yang mantap.

Layankan beberapa keping gambar Sharnaaz Ahmad dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit foto pada Twitter Sharnaaz.




Advertisement

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...