October 8th, 2011

Kami tidak menyangka juga entri kami berkenaan pemilihan hero dan heroin Bicara Hati iaitu Sharnaaz Ahmad dan Cristina Suzanne @ Kris Chempaka mendapat sambutan. Kami mendapat pebagai reaksi, ada yang bersetuju dan ada juga yang tidak berkenan dengan pemilihan mereka untuk membawa watak Tengku Shahran dan juga Zahlia, tetapi kami yakin Osman Ali selaku pengarah pastinya telah membuat pilihan terbaik.

Kami diberitahu yang drama ini akan ditayangkan di Astro sekitar bulan depan jadi sesiapa yang beritahu kami tak ada Astro tu, mungkin korang kena dapatkan Astro untuk menonton. Dari gambar-gambar dari Facebook Osman Ali ini, kami nampak seolah-olah sesuai mereka membawakan watak-watak tersebut. Apatah lagi kedua Sharnaaz dan Cristina adalah pelakon yang berbakat. Sharnaaz mula dikenali dengan lakonannya dalam drama Ungunya Cinta dan Kasih Alia. Cristina juga pernah muncul dengan Redza Minhat dalam iklan promosi Diva Universal Aidilfitri lepas. Kami juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Osman Ali yang juga telah selamat melangsungkan pertunangannya minggu lepas.

Layankan 13 keping lagi gambar dari penggambaran Bicara Hati dengan membaca gosip ini sepenuhnya.












77 responses to “(14 GAMBAR)Sekitar Penggambaran Drama ‘Bicara Hati’”

  1. salmia says:

    pls…. kalo siapa yg ada episode yg ni 24,25,26 plsss…. uplode kn

  2. Anna Cemara says:

    Ep 19 apasal si Zahlia tu g cari Razif padahal dia kan dh belaki dh ngandung lg…apemendele…dh 2 sedap2 lak si gila tu pelok2 lk….dh imej islamik kt Zahlia tu tak spatutnya scene ni ada… Penulis skrip kalau nk modify pun sesuai la ikut watak w/pun dlm novel xde pat 2…Yg pengarah lak mcm buta lak…aku dh mula pedup…dek sbb Cempaka & Sharnaaz 2 aku suke aku tengok gak coz lakunan diorg best beb…kalau drama ni xmeletop jgn salahkan depa bedua coz depa ni ikut arahan pengarah k…

  3. Anonymous says:

    macam geram plak tgk episod 18 ni….tuduh zahlia tu cam gitu, padhal si zahlia ni budak baik. Benci ngan watak linda tu…jahat, dah la tu nak suh tg shahran brtgngjwb anak dlm perut. padahal buat ngan jantan lain….

Loading...