April 10th, 2017

Ramai juga yang tidak menyangka semalam, pelakon Faye Kusairi dan pengarah yang juga bekas suami Elly Mazlein,  sudah berkahwin secara rahsia. Iyalah, sebelum ini bukan main lagi Faye menafikan beliau mempunyai perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan Azmi.

Sehingga hari ini, Faye mahupun Azmi belum lagi memberikan sebarang kenyataan mengenai perkahwinan mereka.

Difahamkan majlis tertutup itu berlangsung di kondominium D’Pines, Jalan Ampang. Faye menerima mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran. Kedua-duanya mengenakan pakaian berwarna sedondon merah jambu.

Berikut beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Faye dan Azmi dengan membaca entri ini sepenuhnya.

Kredit Foto : fayekusairiloversklub


Comments are closed.

Loading...